Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

13 March 2011

Tidak Peka Dan Selalu Mengambil Mudah

Ramai isteri sebenarnya bukan tidak tahu atau lupa, tetapi kurang peka dan mengambil mudah setiap perkara.
Ada sesetenga isteri tidak mengutamakan kepentingan suami, isteri tahu suami keletihan pulang dari kerja/urusan, waktu itu jugalah masa untuk melancarkan “torpedo” beleter, marah, tengking perkara-perkara yang isteri tidak puas hati. Macam tiada pula waktu dan peluang lain untuk berbincang. Ini akan membuat jiwa suami menjadi resah, fikiran kusut, suami yang tidak beriman, rumah merupakan neraka, panas berbahang.

Sebab itu suami banyak mencari wanita lain di luar @ ‘makan luar’, mencari wanita yang tidak halal untuk mendapatkan layanan yang memuaskan dan menghiburkan hati mereka. Jika suami yang beristeri lebih/poligami, si suami biasanya lebih condong kepada isteri yang lain. Walaupun seronok dengan tabiat cari perempuan, si suami akan mendapat balasan azab yang pedih.

 Dalam hal begini, kedua-dua pihak bersalah. Suami sepatutnya berusaha agar isteri terdidik dengan iman. Isteri pula patut mengaku kekurangan layananyang diberikan untuk suami dan berazam untuk memperbaikinya. Isteri yang yerdidik dengan baik oleh suaminya tentang takut pada Tuhan, tidak akan melakukan sewenang-wenangnya terhadap suami. Bergitu juga suami, jika ia takut pada azab tuhan suami tidak akan melakukan di luar batas syariat.


Sepatutnya bila suami kelihatan keletihan, berilah peluang untuk dia berehat, buatlah perkar perkara ini:

a) Tanggalkan serban @ kopiah jika suami memakainya dan letak di tempat sepatutnya.

b) Buka bajunya atau jubahnya dari bawah ke atas terus ke kepala, terbalikkan dan sangkut di tempat       penyangkut baju untuk dianginkan.

c) Jangan bincang hal-hal yang berat supaya suami boleh merehatkan fikiran dan badan.

d) Berilah suami minum minuman yang sejiuk atau panas atau minuman kegemarannya.

e) Sediakan tempat pembaringan atau tempat rehat.

f) Jika suami minta dipicit, picitlah dengan ikhlas dan buat dengan baik.

g) Kawal anak-anak dari mengganggu suami, atau suruh anak-anak main di luar rumah biarkan suami berehat di dalam bilik.

Ini adalah antara beberapa cara jika suami perlukan rehat, ada banyak lagi cara-cara untuk untuk melayan suami masing-masing bergantung kepada keadaan suami atau kegemaran suami.




Nama Islam Dan Maksud

Anda Juga Berminat


1 comment:

dear said...

zaman dulu boleh la..sekarang sama2 cari rezeki.sama2 letih.sma2 perlu bekerjasama.walaupun syurga pada suami..istilah tu dah kurang relevan.

ada juga lelaki2 yang isteri punya baik..bagi duit jaga semuanya.cantik lagi dan penuh sopan santun.sama2 kerja..tp hasilnya suami cari lain.tau 2 dah kawin.byk sy jumpa mcm tu.dah tu yg teruknya laki tu umur dah 40an.dah tua pun.laki2 ni juga yg kerap kuar p siam merata cari tempat urut betina dan lain2.x payah nak salahkan isteri je.

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP