Kita (dan saya) berpendapat TV/DVD merupakan satu medium untuk anak-anak belajar dan mengembangkan minda mereka, betul tak?? Hasil carian yang Rizekon perolehi daripada majalah kesihatan Jerman "Neu-Isenburg" yang ditulis oleh Profesor Manfred Spitzer menyatakan sebaliknya... mari kita rungkaikan.
Menurut Profesor Manfred Spitzer bayi 5-12 bulan tidak dapat memproses visual mahupun audio yang dikeluarkan oleh tv, menurutnya lagi suatu kajian telah dijalankan bahawa sekumpulan kanak-kanak telah dibahagi kepada dua kumpulan, bayi kumpulan pertama didedahkan dengan bacaan (didedahkan dengan cerita) berbahasa cina manakala satu kumpulan lagi dengan disajikan dengan program tv yang berunsurkan pelajaran. Hasil yang diperolehi oleh Profesor Manfred Spitzer seperti berikut:-
a) Bayi yang didedahkan dengan cerita lisan berbahasa cina dapat mengenal dan faham perkataan cina yang dibacakan kepada mereka setiap hari berbanding dengan:,
b) Bayi yang didedah kandengan tv walaupun iannya berunsur pelajaran yang sesuai dengan peringakt umur mereka, golongan ini tidak faham audio yang mereka dengar dan ada yang lambat menafsir visual yang tertera pada tv.
Kesimpulannya ialah marilah kita sama2 mengubah cara pembelajaran anak2 kita, zaman semakin maju tidak semestinya corak konvensional sudah tidak sesuai untuk digunapakai lagi.
KREDIT KEPADA RIZEKON
Anda juga berminat:
Nama Islam anak dan maksudnya:

0 comments:
Post a Comment