Rumah tangga yang dibina untuk menguruskan hal-hal dunia seperti, menguruskan anak, masak, mencuci, dan sebagainya sepatutnya menjadi platfom untuk melakukan ibadat sebanyak yang mungkin. Urusan kerja rumah tangga yang dilakukan seharian semuanya boleh ditukarkan menjadi ibadat dan seterusnya mendapat pahala, jika dilakukan dengan niat yang baik sesuai dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, berniat melakukan kerja rumah tangga semata-mata kerana Allah dan buat deengan seikhlas hati.
1) Rutin harian isteri seperti masak untuk suami dan keluarga serta melayan tuntutan sex suami merupakan ibadah dan mendapat pahala daripada Allah.
2) Ibadah lain yang turut mendapat pahala ialah mencuci pakaian keluarganya, menyapu dan membersihkan rumah.
3) Seterusnya membersihkan tempat tidur, mengemas rumah dan perabot, menyusun barang agar sedap mata memandang juga satu ibadah.
4) Kita sememangnya tahu bahawa senyum merupakan sedekah yang sudah tentu mendapat pahala dari Allah. Jika senyuman semasa menyambut dan memuliakan tetamu yang datang ke rumah juga dianggap ibadah dan layak mendapat pahala.
5) Berbuat baik terhadap jiran dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan merupakan ibadah yang baik sekali.
6) Ibadah lain ialah, memandikan anak, memotong kuku, memberi susu kepada bayi(anak), menyikat rambut.
7) Jika terjaga pada tengah malam dan terus melakukan sembahyang tahjud, kusyuk, 11 rakaat merupakan ibadah yang tinggi nilainya.
8) Manakala rajin membaca Al-Quran dan dijadikan wirid yang tetap merupakan ibadah yang mulia.
9) Bermuafakat, tolak ansur, mengelak dari pertengkaran, aman makmur dan damai merupakan ibadah yang besar.
Bertuahlah kamu sebagai isteri jika melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan rumah tangga dengan niat yang baik, ikhlas, dan tekun yang sudah dijanjikan pahala. Namun antara ibadah yang paling basar ialah jika dapat membimbing anak ke jalan yang diredahi oleh Allah dan menjadi insan yang berguna.
Antara yang menarik:
Isteri solehah
Elak pertengkaran besar suami isteri
Nama Islam dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan
13 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

8 comments:
banyak nye pahala dapat jadi isteri yang solehah ni..ibu jugak....
bila la nak jadi isteri orang ni :D
betul Kak Maria...yg penting ikhlas melakukannya.
alhamdulillah, Islam itu Indah, islam itu sempurna, Islam itu mudah, Islam itu adil... sebut pasal adil tunggu n3 pahala utk kaum suami pulak.. Insyah Allah.
oleh itu lakukanlah t/jawab dengan ikhlas dan nawaitu.. Insyah Allah sejahteralah hidupkita.
Mommyyus n MM: Islam itu kaya, t/jawab pasal muslimah dah pahala, T/jawab tentang r/tangga dapat lagi, t/jawab terhadap anak diberi ganjaran lagi, sesama keluarga pahala tersendiri, sesama manusia pun dapat jugak... subbahan Allah.
Vanilla: adek pun tak terlepas dapat pahala tau, jaga maruah keluaga dapat pahala, maruah diri dapat, jaga pergaulan pun dapat, jaga mulut/mata/telinga/kaki/tangan drpd benda yang tak baik pun ada ganjarannya... Beutiful Islam, alhamdulillah.
insya Allah kak! :)
mencabar bila isteri pun kerja gak.aa.
memang sukar dan mencabar bila isteri bekerja, tapi bukan alasan untuk tak dapat pahala, bekerja juga ibadat, amanah terhadap kerja pahala lagi, pada majikan pahala, menhajar pekerja baru pahala,jaga batasan pun dapat pahala
Post a Comment