Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

03 May 2010

Tertib menyambut kelahiran anak

Betulkah saya akan jadi bapa/ibu?? syukur Alhamdulillah...
Brgitulah setiap pasangan baru yang bakal menimang cahaya mata, rasa gembira, besyukur, dan kadang kala macam tak percaya.
Kepada yang beragama Islam dalam menyambut kelahiran anak perlulah dengan tertib:

Suami menemani isteri saat melahirkan
Kepada Ibu yang kali pertama melahirkan anak pastinya perasaan bercampur baur antara gembira dan takut yang menerpa di fikiran si ibu, oleh itu dengan adanya suami di sisi semasa hendak melahirkan sedikit sebanyak akan memberikan kekuatan semangat, moral, dan emosi serta dapat memotivasikan isteri yang sedang bertarung nyawa dalam usaha menyelamatkan nyawa anak. Walau bagaimana pun bukan semua hospital membenarkan suami masuk ke bilik bersalin, jadi kepada yang berkemampuan gunakanlah perluang yang ada sebaik mungkin selain dapat melihat kebesaran Allah.

Azan dan iqamah
Sebaik sahaja anak selamat dilahirkan, Suami harus segera mengazankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri untuk menghindarkan gangguan syatan, kerana perkataan yang pertama yang didengar oleh anak adalah perkataan Allah. (kebanyakan hospital akan membersihakan anak sebelum diserahkan kepada ibubapa untuk megelakkan jangkitan kuman)

Membaca  surah al-Qadar dan surah al-Ikhlas
Juga digalakkan suami membaca surah al-Qadar di telinga kanan dan surah al-Ikhlas di telinga kiri anak untuk memohan kepada Allah terselamat dari melakukan perzinaan dan supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Baca surah Al-Insyirah di jari manis
seterusnya suami hendaklah membaca ssurah al-Insyirah di jari manisnya dan celupkan ke madu kemudian menekan ke lelangit(langit-langit) bayi sambil membaca surah Ali-Imran, ayat 36:
Maksudnya, "maka apabila ia melahirkannya berkata ia: Wahai TuhanKu! sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang direjam (yang dikutuk dan disingkirkan)."

Aqiqah
Setalah kelahiran anak pada hari ketujuh hendaklah diaqiqahkan dan diberikan nama Islam yang baik, yang indah lagi baik maksudnya .  Sembelih binatang aqiqah dengan dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Anda juga berminat dengan:
Doa untuk anak
Etika terhadap anak
Panduan elak anak hilang di tempat awam

Nama Islam anak dan maksud:
Nama anak Islam lelaki
Nama anak islam perempuan

No comments:

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP