Dalam alam rumah tangga, kita sentiasa inginkan yang terbaik, tiada pasangan yang ingin melihat rumah tangga yang didirikan berkecai bergitu sahaja. Namum asam garam berumah tangga sudah macam tu, ada pasang dan surut, gembira dan sedih, dan uniknya masalah rumah tangga juga tidak memilih rumah tangga bangsawan, golongan elit, tidak memilih bangsa, mahupun orang miskin. Inilah hakikatnya, semua orang harus menerimanya dan mesti bijak dalam menghadapi situasi yang tidak menentu.
Entri kali ini saya cuba membawa blogger/pembaca untuk renungkan 2 senario ini sebagai petunjuk dan panduan, senario ini tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak samada yang masih hidup ataupun yang telah mati, cuma sebagai rujukan sahaja.
Senario #1
Rumah tangga yang sering bergolak, ada sahaja cerita tentang rumah tangga ini. sesekali terdengar pertengkaran yang berlaku dalam rumah tangga ini, tetapi tidak pernah pun bercerai dan kekal sehingga anak-anak besar dan mendapat cucu.
Senario #2
Pasangan ini kelihatan mesra dan gembira, sesiapa yang melihatnya pasti timbul rasa cemburu, setidak-tidaknya nak jadikan pasangan ini sebagai contoh kebahagiaan. Tapi yang menghairankan rumah tangga ini pernah berceraai sebanyak 2 kali dan hampir-hampir bercerai untuk kali yang ke 3.
Alam rumah tangga memang unik, hanya pasangan terlibat sahaja yang mengetahui selok belok, pahit manis, kelebihan kekurangan, apa-apa sahaja tentang rumah tangga sendiri. Pakar motivasi hanya sebagai rujukan dan tugasnya hanya memotivasikan pasangan yang bermasalah, pakar motivasi tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam rumah tangga, jadi... pepatah ada menyebut "tepuk dada tanya selera".
Jadi selera yang macam mana kita mahu...? Semestinya kita mahu rumah tangga yang bahagia, aman damai dan penuh dengan kasih sayang. Selain peganggan agama yang paling utama, pasangan suami isteri haruslah cinta menyintai antara satu sama yang lain dan menyayangi anak-anak adalah antara kunci untuk elak penceraian berlaku. Namun kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukannya. Apa pun, saya doakan semoga kita semua hidup bahagia dan aman damai hendaknya.
Anda mungkin meminati:
Pahala untuk suami
pahala untuk isteri
Tips elak perang besar suami isteri
Nama Islam anak dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan
18 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 comments:
nak membina keluarga yang penuh ksh sayang, hormat dan mendalami ilmu agama...
salam Hawa, betul tu, semoga kita semua mendapat kebaikan daripadNya...
salam kenal juga, kak. :)
tak ada chatboxnya?
tanpa tiang agama, masjid yang dibina memang senang roboh...
susah rupenye nak berumahtangga ni ek..nak kekalka kemanisan nye tu asal susah sgt..
richan: cbox ada di sidebar kanan, mungkin masa tu load tak habis.. sebarang kelemahan sy nk mohon maaf dan amat dikesali.
S/lampu/n: Islam tak susah Ianya agama yang mudah tapi jangan mempermudahkannya, bergitu juga halnya dalam alam rumah tangga.
baru nak kawin ni..tak tau la mcm mana nanti..harap boleh bahagia ever after..amin.
solehah: bergitulah kehendaknya, semoga bahagia selamanya..
saya suka dengan blog anda, isinya religius bangets..
Post a Comment