Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

07 May 2010

Rangsanglah bayi ketika dalam kandungan

Dunia awal bagi janin bayi merupakan alam rahim yang juga merupakan insitusi pertama bagi bayi mempelajari perkara-perkara baru secara langsung dengan tanpa tapisan kerana peringkat ini mekanisma menapis maklumat masih belum terbentuk lagi. Ibu hamil yang bijak dan prihatin akan berupaya melahirkan insan kamil dan keupayaan minda yang tinggi

Bayi dalam kandungan amat sensitif daripada pengaruh luar, oleh itu gunakan peluang sebaik mungkin untuk merangsang anak seterusnya melahirkan zuriat yang berguna, soleh/solehah, bijak dan patuh pada perintah agama serta ibu bapa.

Emosi - Bayi dalam kandungan mempunyai hubungan terus dengan ibu mereka, sebab itulah ibu mengandung digalakkan agar sentiasa ceria dan tenang supaya anak yang dilahirkan sentiasa rian dan tidak mudah meragam.

Perasaan rindu - Lahirkan perasaan rindu dan ikhlas untuk menanti kelahiran anak dengan belaian lembut.

Muzik, bunyi dan  suara - Perdengarkan muzik terutama zikir dan ayat Al-Quran, serta beberapa jenis bahasa untuk rangsangan pengetahuan asas yang mudah.
- Rakam suara ayah, ibu dan ahli keluarga yang lain dan dengarakan ke perut dengan itu bakal bayi akan mudah mengecam suara setelah dilahirkan.
- Sentiasa berkata-kata dengan suara yang manja, lunak. Mula ajar dengan A,B,C, 1,2,3, pekenalkan diri seperti assalamualaikum, hello. ini ayah/mak, anak ayah/ibu bijak dll.

SEntuhan dan belaian - lakukan dengan isyarat mudah sepeti membelai, menepuk perut dengan lembut, menggosok sekitar perut untuk tenangkan bayi.

Kenalkan perbezaan terang dan gelap - Dengan menggunakan lampu picit suluhkan ke perut selama 5-10 minit.

Yang paling penting adalah:
Banyak mengingati Allah - Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan perkara yang baik dan meminta ampun kepada Allah. Dengan amalan ini Allah swt mengampunkan dosa-daosa ibu seterusnya membersihkan hati ibu dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini diharapkan anak yang bakal dilahirkan bersih dan suci hatinya dan si ibu dapat bersalin dengan mudah dan tenang.

Banyak melakukan amal - Bnayak melakukan ibadat, kebajikan, meninggalkan segala larangan agama. Ibu mengandung digalakan memperbanyakkan amal ibadat sembahyang sunat, suami juga dituntut untuk memperbanyakkan ibadat.

banyak membaca Al-quran - Membaca Al-Quran  dapat menenangkan jiwa, menghindari daripada gangguan syaitan dan sebagai doa. Antara ayat-ayat yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surahan-Nahl(ayat78) dan surah al-A'raf(ayat 189).
Insyah Allah semua yang dilakukan akan mendapat keberkatan dariNya

Panduan dan tips yang anda minat:
Tertib menyambut kelahiran anak
Aqiqah untuk anak
Etika terhadap anak
Anak ibarat kain putih

Nama Islam anak dan maksud:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak permpuan

4 comments:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

bagus..memang kena didik anak ketika dalam kandungan lagi :-)

rizputra7 said...

betul2...masa nie nak bentuk anak yg dalam kandungan...nice artikel...

asmariamy said...

kalau dapat membentuk anak2 semasa dlm kandungan lagi dah cukup bagus dah tu.. Alhamdulillah. Tapi kalau boleh dapatkan amalan, petua, doa2 dan banyakkan beribadat sebelum mengandung itu lebih baik..

Insyah Allah saya akan cuba kupaskan dalam penulisan yang akan datang.

NARDtheNERD said...

emm..tips yang bagus..=))

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP