Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

25 May 2010

Peraturan mudah supaya disenangi ramai

Assalamualaikum... terima kasih atas sokongan kalian kepada saya semasa saya bercuti dari berblog. Rindu rasanya bila tak tulis entri, kali ini saya ingin berkongsi mengenai hubungan sosial dalam masyarakat. Macam mana untuk buat diri ini disenangi oleh orang sekeliling kita, mari rungkaikan bersama.


Jadilah pendengar yang baik
Dalam kehidupan seharian kita di dunia tidak lari daripada pembelajaran, setiap hari mesti ada sahaja yang kita pelajari, tak kira apa benda sekalipun. Jadi untuk jadi orang yang disenangi, kita seharusnya menyenangkan hati orang lain dengan cara menjadi pendengar yang baik (dalam perkara yang baik, kalau fitnah dan mengumpat tu tak perlu). Insyah Allah mereka juga nanti akan menjadi pendengar yang baik kepada anda.


Cubalah belajar memahami orang lain
Sepanjang perbualan berlangsung cuba fahami sifat-sifat mereka, jangan asyik nak mereka sahaja yang ikut rentak kita, biarkan mereka ikut dengan kerelaan hati. Apabila mereka seronok dengan kita, maka tidak payah untuk mereka ikut rentak kita. Barulah teman-teman tidak benci dengan kita.


Penampilan diri harus dijaga
Pada zaman kecil dulu mak ada pesan pada saya "biarlah pakai baju koyak dan  bertampal asalkan bersih dan kemas". Dalam maksud kata-kata mak ini. Apa kaitan dengan tajuk kecil ini?? Ada.... Kita mesti sentiasa berpakaian kemas dan tak salah jika pakai wangian asal tidak keterlaluan barulah orang akan senang dengan kita. Kita juga mesti pandai menilai perkara yang berlaku di sekitar kita.


Berikan pandangan bernas dan jangan kedekut kongsilah dengan teman.
Tajuk kecil ini memang sesuai dengan blogger sekarang yang tidak lokek dalam hal berkongsi. Namun dalam keadaan "live" apabila bersemuka/ bersembang, pandai-pandailah pilih tajuk dan dalam hal memberikan pandangan, kongsilah yang baik-baik, sebab sebagai manusia kita memang tidak lari dari masalah. Mungkin hari ini dia punya masalah, mungkin esok kita "pulak" yang perlukan pandangan mereka.


Biar ikhlas, jangan berpura-pura
Bersikap jujur pada diri sendiri adalah perkara yang baik. Apabila kawan-kawan melihat sikap bersungguh-sungguh kita akan membuatkan kawan-kawan akan lebih menghormati kita. 
Pastinya si A yang lihat si B menghormati diri B, Si A juga akan belajar menghormati dirinya sendiri. 


Bukan mudah hendak buat orang agar hormati/selesa dengan diri kita, tapi bukanlah susah untuk melakukannya jika kena dengan caranya.


Entri yang anda minat:
Jadilah orang yang lapang
TV dan anak, apakah kebaikannya
Tips elak suami isteri perang besar di tempat awam


Nama Islam anak dan maksud nama:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

9 comments:

+akufobia+ said...

sharing is kongsi.

diva said...

Nice share And Nice blog

cika said...

thank untuk informasinya

asmariamy said...

kongsi is baik untuk semua.... la la la

tyra nylea said...

klu x mampu nak jd mcm tu macam mane? sbb kdg2 tahap kesabaran seseorg tu sgt tipis...

asmaria said...

panduan yang dikongsikan ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil sahaja. ada banyak cara lagi yang boleh kita lakukan untuk disenangi orang spt bagi hadia(masakan, buah) kpd jiran. sentiasa senyum.. banyak lagi.. doa pun satu cara juga

hanaKir@ said...

taw xpe...kdg2 bg pndapat pn ble wat org xsuke

✿nenek moden✿ said...

like this post.. *****

Alyssa Villamor said...

setuju dgn semu ni,
tapi skg ni susah nk carik kawan yg betul2 mendengar kita kan..

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP