Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

20 May 2010

Membentuk keperibadian anak

Assalamualakum dan selamat sejahtera kepada rakan blogger dan pembaca sekalian, entri kali ini mempunyai hubung kait dengan entri lepas "Hormati hak Anak". Anak-anak memang cepat membesar dan belajar, pada usia 8-18 bulan mereka melalui zaman peralihan daripada bayi kepada kanak-kanak, masa ni neuron motor telah banyak digunakan untuk berjalan, baling objek, sambut objek, memanjat, dan bertutur.

Ketika ini kita sebagai ibu bapa kurang perasan bahawa anak-anak belajar mengikut apa yang mereka mahu selain daripada kemahuan ibu bapa. Adakalanya anak tidak senang/selesa dengan keadaan macam ini. Anda mungkin tak perasan betapa rumitnya yang dihadapi oleh anak-anak, kerana mereka baru sahaja nak mencapai kejayaan dah terpaksa menempuhi kekecewaan. Mana tidaknya anak baru saja belajar satu perkara dan ibu bapa sibuk pula mendesak mereka belajar benda yang lain.

Jangan mengharap sangat anak kecil belajar banyak perkara dalam waktu yang singkat, ianya mendatangkan banyak perkara buruk berbanding baik. Mari kita kongsi bersama panduan untuk membentuk keperibadian anak kita.

1) Biarkan anak menikmati kehidupannya
Jangan tergesa-gesa membentuk dirinya, biarkan mereka menikmati setiap tahap peringkat umur mereka.

2) Anda perlu bersikap positif ketika dalam kesukaran
Skil anda menghadapi masalah secara tenang dan terkawal "adalah" diperhatikan oleh anak. Apabila anak berkata TIDAK kepada anda, Tindak balas anda harus boleh sampai pada keadaan yang dapat menyelesaikan masalah. Elak menggunakan ugutan atau cuba menyogok anak kecil kerana apa yang anda cuba lakukan akan ditiru kemudian hari.

3) Terima anak seadanya
Bantu anak kecil berbuat baik, jangan cuba mencarikesalahan mereka ataupun merendahkan kebolehan mereka. Menerima anak seadanya bermakna kita membesarkan hati mereka.

4) Biarkan anak melakukan sendiri perkara baru dan jangan banyak menegur
Dalam kebanyakan perkara biarkan anak mencuba sendir, beri tumpuan dan bantu naikan semangat mereka untuk berusaha, jangan takut kepada kegagalan.
Sebaliknya tabiat buruk mereka janganlah diperbesarkan(terlalau ambil kisah) walaupun anda terganggu atau sedih kerana, kerana anak kecil akan meneruskan tabiat ini. Seeloknya jangan terlalu menegur, cukup setakan mengawasinya sahaja.

5) Stabilakan jiwa mereka dan elak beleter
Kita sebagai ibu bapa haruslah stabil dan kukuh sebelum membantu anak menstabilkan jiwa mereka.
Elak beleter tidak tentu hala,kerana anak-anak pun tahu memilih apa yang hendak mereka dengar.

6) Berikan anak kecil kasih sayang tanpa syarat
Kebanyakan anak kecil takut apabila dah besar akan kehilangan kasih sayang, mereka bimbang kasih sayang ibu bapa akan luntur. Jadi jangan biarkan anak menagih kasih sayang apabila mereka besar, kerana kasih sayang sepatutnya memang milik mereka sejak dari lahir lagi.

7) Jangan terlalu bertolak ansur
Dalam bab agama dan membabitkan nilai .."YES".. Agar anak tahu kepentingan agama dan nilai-nilai murni patut diutamakan.

8) Ajar anak bertutur dan berfikiran sihat setiap masa
Jika emosi anak terganggu, ajarkan mereka perkataan yang baik untuk meluahkan perasaan. Jangan biarkan mereka menyimpan perasaan dan menggunakan perkataan kesat atau menzahirkan niat buruk mereka.

Semoga apa yang saya kongsikan di sini sama-sama kita dapat manfaatnya.

Anda juga meminatinya:
Didik anak tentang pengurusan wang
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya
Tertib menyambut kelahiran anak

Nama Islam anak dan maksud nama:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

6 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

tapi skunk anak2 terlalu terdedah dengan dunia luar dan pengaruh kurang sehat..takot jugak...even tak kahwin lagi tapi riso tu dah ada..hehe

husnazainal said...

nak ajar budak2 skrg ni lain macam kan..
kalau zaman kite dulu leh jek pukul, rotan sume..
skg kalau pukul..memberontak lak..kan
mencabar skg nih..

Ruziawati Bukhari said...

tq for d info.. sangat2 berguna.. tak rugi i follow blog ni tau!!

asmaria said...

salam semua, memang betul dulu saya kataj tak rotan, tali pinggang, kalau tak ada apa sahaja yang dicapai itulah yang digunakan untuk merotan, tapi Alhamdulillah setakat ni...

masa kat sekolah tak siap kerja rumah math, 1 soalan tak siap 1 sebatan, saya perna tak buat 20 soalan... bayangkan.

P/S (adam)asmaria tengah cuti blog, buat persiapan, esok mentua nak datang dari Sabah.

asmaria said...

salam semua, memang betul dulu saya kalau tak rotan, tali pinggang, kalau tak ada apa sahaja yang dicapai itulah yang digunakan untuk merotan, tapi Alhamdulillah setakat ni...

masa kat sekolah tak siap kerja rumah math, 1 soalan tak siap 1 sebatan, saya perna tak buat 20 soalan... bayangkan.

P/S (adam)asmaria tengah cuti blog, buat persiapan, esok mentua nak datang dari Sabah.

hellioz said...

apa ada pada nama
aghaghaghaghagha!!!

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP