Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

11 May 2010

Hormati Hak Anak

Semua ibu bapa impikan anak-anak yang baik, pandai taat pada perintah agama dan hormat pada ibu bapa, sehinggakan kita lupa dan lalai dalam soal hati dan perasaan anak-anak, mereka juga rasa ingin dihormati sama seperti orang dewasa. Oleh yang demikian jadilah ibu bapa yang peka terhadap jiwa anak-anak, di bawah adalah panduan untuk dikongsi:

Jadilah pendengar yang baik
Kadang-kadang kita terlepas pandang apa yang diluahkan oleh anak-anak adalah tidak penting, sebenarnya mereka inginkan perhatian. Anak yang diberikan perhatian akan belajar mendengar kata-kata ibu bapa mereka, manakala anak yang kurang diberi perhatian semasa mereka meluahkan perasaan biasanya lebih selesa mengutarakan masalah mereka terhadap kawan, jika baik kawan yang dipilih maka baiklah jejaknya, jika kawan yang dipilih adalah kawan yang jahat, maka ....

Jangan bezakan anak dengan kanak-kanak lain
"Tengok si AA anak sebelah tu pandai.. dapat no.1 kau apa ada"
JANGAN... kita tak boleh bandingkan mereka macam tu, manusia telah diciptakan berbeza-beza, masing ada kelebihan, kelemahan, kepandaian, keunikan tersendiri. Kesannya akan jadikan anak menjadi pasif, tiada keyakinan diri dan merendah diri. sepatutnya tegur dengan elok dan bagi sokongan bahawa si AA dapat keputusan baik, lakukan yang terbaik, belajar bersungguh-sungguh untuk majukan diri.

Jangan bezakan dengan saudara kandung
Cubalah berlaku adil, walaupun saudara kembar yang mempunyai pertalian rapat dan persamaan yang ketara namum mereka mempunyai skil dan keunikan masing-masing. Sikap tidak adil inilah yang menyebabkan anak-anak memberontak, perhubungan beradik akan retak, bila sudah mendapat pekerjaan di perantauan, mereka sukar untuk balik kampung melawat orang tua.

Jangan buang mainan dan barang kesukaannya
Walaupun dah buruk dan rosak, ibu bapa seharusnya meminta kebenaran untuk membuangnya. Bagi kita barang/ mainan tersebut telah tak boleh digunakan/dimainkan lagi. Tapi mereka mempunya alasan sendiri, bagi mereka barang mereka ada nilai sentimentalnya yang tersendiri. Ibu bapa yang menghargai barangan anak, Insyah Allah anak-anak juga tahu menjaga harta benda kita.

Jangan mungkir janji
Cubalah tunaikan janji, ini tidak dah janji kalau dapat tempat terbaik dalam kelas akan dibelikan PS3, bila anak-anak dah capai matlamat ibu bapa belikan pula PS2, bunyinya sama PS juga dan fungsi hampir sama main game, tapi hakikatnya benda tu tidak sama. Bab menagih janji ni, anak-anak memang cukup pandai.. jangan sampai anak dah tidak mempercayaai kata orang tua lagi..

Layan anak seperti orang dewasa
Macam lain je bunyinya, hakikatnya anak-anak memang suka dilayan seperti orang dewasa. Bukan nak manjakan berlebihan. Mungkin kita dapat menyediakan segala keperluan yang dia mahu termasuk wang ringgit. Tapi jiwa mereka kosong, mereka mahukan teman tempat berpaut kasih dan harapan, seorang teman yang boleh dipercayai, kawan yang boleh diharapkan, jika bersama ibu bapa mereka rasa selamat. Itulah sebenarnya yang diimpikan oleh anak.

Anda pasti minat entri yang berkaitan ini:
Pendidikan kewangan anak
Sahsia anak
Doa untuk anak

Nama Islam anak dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

6 comments:

mumyShaneQeisha said...

gud info asmaria.kadang2 kita terlupa hak anak2..

asmaria said...

bukan lupa tapi tak ingat :p, itu sudah lumrah manusia cukup mudah untuk lupa... kalau ada kekurang, kesilapan, tertinggal atau ada nak tambah jangan segan dan silu boleh maklumkan dan betulkan.. he he

asmaria said...

bukan lupa tapi tak ingat :p, itu sudah lumrah manusia cukup mudah untuk lupa... kalau ada kekurang, kesilapan, tertinggal atau ada nak tambah jangan segan dan silu boleh maklumkan dan betulkan.. he he

Mommyyus said...

ye..betul. jgn sesekali bandingkan anak dgn anak orang lain. 100% setuju..kadang tak paham kalau family sendri dok sibuk2 banding2kan cucu ke ank ke ngan anak jiran sebelah atau org lain. marah ni...hehehhe

Loyar Lawa said...

ok akan aplikasikan bile ade anak nant...tq

asmariamy said...

Mommyyus: kalau dah macam situasi bergitu kalaulah kebetulan kita ada dan "ter"perasan ada ahli keluarga yang lain membanding2kan anak kita dengan anak keluarga yang lain/cucu.

Seeloknya kita tenangkan perasaan dan berilah sokongan cth"hah adek nak macm sepupu tu tak, rajin2lah belajar baru boleh pandai macam dia"

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP