Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

04 May 2010

Hargailah masa bersama suami / isteri

Adakah anda mempunyai masa terhadap suami @ isteri anda? Bekerja merupakan ibadat tapi perlu diingatkan anda harus bijak mencuri peluang dan masa yang ada walaupun kadang-kadang peluang hampir tiada. Mustahil tak mustahil mari kita sama-sama berkongsi petua macam mana bahagiakan suami @ isteri dengan secubit masa yang ada.

Teknologi 
Masa telah berubah, dulu telefon merupakan barangan mewah, sekarang telefon sudah menjadi barangan mesti, tekan sahaja butang hijau pada telefon bimbit anda sudah boleh mendengar suara suami @ isteri yang tercinta.
"ala... tak best dengar suara sahaja". Harus diingat zaman sekarang adalah zaman teknologi, ada boleh berhubung dengan mendengar suara dan gambar "live" lagi. Pilihan di tangan anda, nak guna skype, YM, 3G, cum amahu tak mahu sahaja.

10 minit sahaja??
Siapa kata tak cukup, walaupun tekejar-kejar masa sebab bos sedang tunggu untuk mesyuarat dengan 10 minit yang ada ni gunakanlah sebaiknya walaupun hanya betegur sapa dengan teknologi yang baru dicadangkan tadi.
Suami isteri yang bekerja di tempat yang sama, jarak yang dekat, memadai singgah sekejap untuk bersapa, belikan coklat tak perlu benda yang mahal, fuhhh alangkah bahagianya terubat rindu di hati.

30 minit
Jika inilah masa yang ada, Jika si suami atau isteri dah 'tersinggah" ke "kantor", ajaklah makan dan pesan makanan yang ringkas agar dapat bersama menikmati tengah hari yang singkat.

1 jam
Ini dah satu kelebihan, gunakanlah sebaiknya untuk mengisi apa-apa yang bermanfaat dalam satu jam ini seperti, pesanlah menu lebih awal (on call) kalau boleh, tujuannya bila punggung belabuh di atas kerusi, duduk saja makanan terus dihidangkan... wahh...nikmatilah hidangan itu.

Suku hari/ 1/4 hari
Masa yang panjang ini cukup untuk suami isteri mejamu makanan yang diminati, masa yang ada ini jugalah boleh berbual mengenai hal rumah tangga dan anak-anak, masing-masing mesti bijak menggunakan masa yanag agak panjang ini walaupun hakikatnya tak lah sepanjang mana.

Satu hari/ offday... yahoo
Inilah masa yang ditunggu-tunggu para suami isteri. Amboi akak tuu.. dah plan nak ke Port Dickson pulak, Kak Nab dah plan bawa anak lawat nenek kat kampung da,  Pakcik sebelah rumah dah rancang pergi memancing anak-beranak.. apa-apa pun manfaatkanlah masa-masa yang ada ini bersama suami isteri dan keluarga sebaiknya, masa yang telah pergi tak dapat dibeli di Chowkit.

Anda pasti suka:
Tips Isteri solehah
Tips elak suami isteri perang besar
Tertib menyambut kelahiran

Anda juga boleh ikuti:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

No comments:

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP