Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

26 May 2010

Doa-doa malam

Doa Menjelang Malam
Ya Allah inilah saat tibanya malam-Mu dan pergi hari siang-Mu, dan saat datangnya suara-suara doa yang datang pada Mu, maka ampunilah akan daku. (Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi)


Doa Tidur
Dengan nama Allah, aku meletakkan badanku, Ya Allah ampunilah dosaku dan usirlah syaitan (penggoda)ku dan lepaskanlah tanggunganku dan jadilah aku dalam kumpulan para malaikat yang tertinggi. (Riwayat Abu Daud)


Doa Setelah bangun dari tidur
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan dan kepada-Nya lah tempat kami kembali. (Huzaifah Al-Yamani dan Abu Zar ra)


Doa Apabila terjaga dari tidur di tengah malam
Ya Tuhan, ampunkanlah dan kasihanilah aku, dan tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. (Muhammad bin Nasar dari Ummu salamah ra)


Doa Mengharapkan mimpi yang baik
Ya Allah, aku memohon kepada Mu mendapatkan mimpi yang baik dan benar lagi bukan kebohongan, tetapi bermanfaat dan bukan mudarat. (Riwayat Ibnu as-sunni)


Doa apabila mendapat mimpi yang baik
Segala puji bagi Allah yang memelihara seluruh alam semesta. (Riwayat Ibnu as-Sunni)


Doa apabila mendapat mimpi yang buruk
ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari pekerjaan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk. 
(Riwayat Ibnu as-Sunni)


Anda juga berminat
Doa untuk anak
Doa untuk anak ii
Doa isteri dan anak


Nama Islam anak dan maksudnya
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

13 comments:

Aidi-Safuan said...

terima kasih kerana berkongsi! harap dapat banyak lagi info di blog ini. :)

ShazlinaSaad said...

salam, ada kesalahan ejaan dalam doa selepas bangun tidur...

ShazlinaSaad said...
This comment has been removed by the author.
asmariamy said...

terima kasih banyak-banyak. saudari Shazlina... saya langsung tak pesan.. teima kasih

asmariamy said...

terima kasi shazlina, saya telah betulkan kesilapan itu..

ShazlinaSaad said...

takpe..sama2 ^_^

Chaoi said...

entry yang sangat bagus..teruskan post entry yang macam ni tau...hehe

din3187.com said...

alhamdulillah...satu perkongsian yang baik...teruskan yer...

asmariamy said...

terima kasih kerana terus menyokong saya, jika ada salah dan silap boleh tolong betulkan.. terima kasih sekali lagi kepada semua, semoga kita semua diberi perlindungan daripadaNya, dikuatkan iman, amin

aril said...

perkongsian untuk kebaikan yang amat bermanfaat :-)

heelioz said...

doa bersetubuh takde ke? ghaghaghaghagha!!

ally said...

thanks for sharing!!

Reena said...

terima kasih sebab bg info =) amat menghargainya.

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP