Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

06 May 2010

Diet pemakanan untuk kurangkan barah payudara, betulkah?

Dua hari yang lepas saya ada menulis tajuk mengenai punca barah payudara, jika diperhatikan memang amat menakutkan, kerana barah payudara tidak mengenal usia, jantina dan warna kulit. Apakah jalan untuk menhindarinya, adakah cara untuk kita mengelak dari terkenanya barah payudara? Mari kita lihat satu persatu dan ikuti tip-tip tersebut:

1) Kekalkan pengambilan makanan rendah lemak tidak melebihi 30g lemak setiap hari untuk menjaga berat badan. Badan meyimpan estrogen di lemak tubuh, sedikit lemak yang diambil adalah lebih baik.

2) Ambil sekurang-kurangnya sepiring brokoli setiap hari dalam menu anda. Brokoli mempunyai sulfuraphane yang terbukti dalam ilmiah untuk mengurangkan risiko barah.

3) Perbanyakan sayuran berdaun hijau dalam menu dan makan banyak buah-buahan.

4) Tomato kaya dengan  likopen yang berfungsi untuk melawan barah, jadi tomato amat penting untuk dijadikan inti utama dalam masakan.

5) Elak makan dengan banyak, maknanya jangan ambil hidangan yang banyak untuk makan sekali gus, ianya untuk kesihatan saluran cerna dan mengawal metabolisma badan.

6) Teh hijau kaya dengan antioksidan untuk melawan penyakit.

7) Coklat terbahagi kepada 2 jenis: satu adalah coklat manis, coklat manis tidak mempunyai khasiat terhadap kesihatan badan. Satu lagi adalah coklat gelam, sekali sekala makan coklat gelap, kerana coklat gelap juga dipercayai boleh mengelakkan daripada terkena barah.

Kita hanya merancang/ mengelak Tuhan yang menentukan. Tapi jangan pula kita berputus asa sebab setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Anda juga meminati topik ini:
Punca barah payudara
Etika terhadap anak
Aqiqah untuk anak

Nama Islam anak dan maksud:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

3 comments:

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

makan kuantiti yang sedikit... :-)

asmariamy said...

hu.. hu... memang dah terbukti sebelum kajian ilmiah barat bermula lagi, sabda Rasulullah makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelm kenyang.... ia ber7an aga umat baginda tidak makan dalam kuantii yang banyak

Miss Mirror a.k.a Sam said...

mudah2an kita semua terhindar dr penyakit2 tersebut..amin...nasib baiklah skrg mmg tgh gila dgn jus tomato pun...

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP