Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

26 May 2010

Doa-doa malam

Doa Menjelang Malam
Ya Allah inilah saat tibanya malam-Mu dan pergi hari siang-Mu, dan saat datangnya suara-suara doa yang datang pada Mu, maka ampunilah akan daku. (Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi)


Doa Tidur
Dengan nama Allah, aku meletakkan badanku, Ya Allah ampunilah dosaku dan usirlah syaitan (penggoda)ku dan lepaskanlah tanggunganku dan jadilah aku dalam kumpulan para malaikat yang tertinggi. (Riwayat Abu Daud)


Doa Setelah bangun dari tidur
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan dan kepada-Nya lah tempat kami kembali. (Huzaifah Al-Yamani dan Abu Zar ra)


Doa Apabila terjaga dari tidur di tengah malam
Ya Tuhan, ampunkanlah dan kasihanilah aku, dan tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. (Muhammad bin Nasar dari Ummu salamah ra)


Doa Mengharapkan mimpi yang baik
Ya Allah, aku memohon kepada Mu mendapatkan mimpi yang baik dan benar lagi bukan kebohongan, tetapi bermanfaat dan bukan mudarat. (Riwayat Ibnu as-sunni)


Doa apabila mendapat mimpi yang baik
Segala puji bagi Allah yang memelihara seluruh alam semesta. (Riwayat Ibnu as-Sunni)


Doa apabila mendapat mimpi yang buruk
ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari pekerjaan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk. 
(Riwayat Ibnu as-Sunni)


Anda juga berminat
Doa untuk anak
Doa untuk anak ii
Doa isteri dan anak


Nama Islam anak dan maksudnya
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

25 May 2010

Peraturan mudah supaya disenangi ramai

Assalamualaikum... terima kasih atas sokongan kalian kepada saya semasa saya bercuti dari berblog. Rindu rasanya bila tak tulis entri, kali ini saya ingin berkongsi mengenai hubungan sosial dalam masyarakat. Macam mana untuk buat diri ini disenangi oleh orang sekeliling kita, mari rungkaikan bersama.


Jadilah pendengar yang baik
Dalam kehidupan seharian kita di dunia tidak lari daripada pembelajaran, setiap hari mesti ada sahaja yang kita pelajari, tak kira apa benda sekalipun. Jadi untuk jadi orang yang disenangi, kita seharusnya menyenangkan hati orang lain dengan cara menjadi pendengar yang baik (dalam perkara yang baik, kalau fitnah dan mengumpat tu tak perlu). Insyah Allah mereka juga nanti akan menjadi pendengar yang baik kepada anda.


Cubalah belajar memahami orang lain
Sepanjang perbualan berlangsung cuba fahami sifat-sifat mereka, jangan asyik nak mereka sahaja yang ikut rentak kita, biarkan mereka ikut dengan kerelaan hati. Apabila mereka seronok dengan kita, maka tidak payah untuk mereka ikut rentak kita. Barulah teman-teman tidak benci dengan kita.


Penampilan diri harus dijaga
Pada zaman kecil dulu mak ada pesan pada saya "biarlah pakai baju koyak dan  bertampal asalkan bersih dan kemas". Dalam maksud kata-kata mak ini. Apa kaitan dengan tajuk kecil ini?? Ada.... Kita mesti sentiasa berpakaian kemas dan tak salah jika pakai wangian asal tidak keterlaluan barulah orang akan senang dengan kita. Kita juga mesti pandai menilai perkara yang berlaku di sekitar kita.


Berikan pandangan bernas dan jangan kedekut kongsilah dengan teman.
Tajuk kecil ini memang sesuai dengan blogger sekarang yang tidak lokek dalam hal berkongsi. Namun dalam keadaan "live" apabila bersemuka/ bersembang, pandai-pandailah pilih tajuk dan dalam hal memberikan pandangan, kongsilah yang baik-baik, sebab sebagai manusia kita memang tidak lari dari masalah. Mungkin hari ini dia punya masalah, mungkin esok kita "pulak" yang perlukan pandangan mereka.


Biar ikhlas, jangan berpura-pura
Bersikap jujur pada diri sendiri adalah perkara yang baik. Apabila kawan-kawan melihat sikap bersungguh-sungguh kita akan membuatkan kawan-kawan akan lebih menghormati kita. 
Pastinya si A yang lihat si B menghormati diri B, Si A juga akan belajar menghormati dirinya sendiri. 


Bukan mudah hendak buat orang agar hormati/selesa dengan diri kita, tapi bukanlah susah untuk melakukannya jika kena dengan caranya.


Entri yang anda minat:
Jadilah orang yang lapang
TV dan anak, apakah kebaikannya
Tips elak suami isteri perang besar di tempat awam


Nama Islam anak dan maksud nama:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

21 May 2010

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum kepada rakan blogger dan pembaca yang budiman. Bersyukur kita kepada Ilahi kerana diberi perluang sehingga hari jumaat yang mulia lagi berkat ini untuk kita menunaikan tanggung jawab kita sebagai orang Islam. Untuk makluman pembaca dan rakan blogger pemilik blog ini(Asmaria) tengah bercuti sehingga ahad ini, Dia telah pesan kepada saya untuk kemaskinikan blog ini termasuk dalam hal blogwalking. Semoga kalian dapat menyokong blog ini. 


Ketika khatib sedang membaca khutbah jumaat, janganlah kamu berkata-kata walaupun sepatah, jika kamu berkata walaupun perkataan "DIAM" maka sia-sialah jumaat kamu

Anda juga minat:
Renungan bersama
Doa kebahagiaan isteri dan anak


Nama Islam anak dan maksud:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

(Penulis Gantian: ADAM)

20 May 2010

Membentuk keperibadian anak

Assalamualakum dan selamat sejahtera kepada rakan blogger dan pembaca sekalian, entri kali ini mempunyai hubung kait dengan entri lepas "Hormati hak Anak". Anak-anak memang cepat membesar dan belajar, pada usia 8-18 bulan mereka melalui zaman peralihan daripada bayi kepada kanak-kanak, masa ni neuron motor telah banyak digunakan untuk berjalan, baling objek, sambut objek, memanjat, dan bertutur.

Ketika ini kita sebagai ibu bapa kurang perasan bahawa anak-anak belajar mengikut apa yang mereka mahu selain daripada kemahuan ibu bapa. Adakalanya anak tidak senang/selesa dengan keadaan macam ini. Anda mungkin tak perasan betapa rumitnya yang dihadapi oleh anak-anak, kerana mereka baru sahaja nak mencapai kejayaan dah terpaksa menempuhi kekecewaan. Mana tidaknya anak baru saja belajar satu perkara dan ibu bapa sibuk pula mendesak mereka belajar benda yang lain.

Jangan mengharap sangat anak kecil belajar banyak perkara dalam waktu yang singkat, ianya mendatangkan banyak perkara buruk berbanding baik. Mari kita kongsi bersama panduan untuk membentuk keperibadian anak kita.

1) Biarkan anak menikmati kehidupannya
Jangan tergesa-gesa membentuk dirinya, biarkan mereka menikmati setiap tahap peringkat umur mereka.

2) Anda perlu bersikap positif ketika dalam kesukaran
Skil anda menghadapi masalah secara tenang dan terkawal "adalah" diperhatikan oleh anak. Apabila anak berkata TIDAK kepada anda, Tindak balas anda harus boleh sampai pada keadaan yang dapat menyelesaikan masalah. Elak menggunakan ugutan atau cuba menyogok anak kecil kerana apa yang anda cuba lakukan akan ditiru kemudian hari.

3) Terima anak seadanya
Bantu anak kecil berbuat baik, jangan cuba mencarikesalahan mereka ataupun merendahkan kebolehan mereka. Menerima anak seadanya bermakna kita membesarkan hati mereka.

4) Biarkan anak melakukan sendiri perkara baru dan jangan banyak menegur
Dalam kebanyakan perkara biarkan anak mencuba sendir, beri tumpuan dan bantu naikan semangat mereka untuk berusaha, jangan takut kepada kegagalan.
Sebaliknya tabiat buruk mereka janganlah diperbesarkan(terlalau ambil kisah) walaupun anda terganggu atau sedih kerana, kerana anak kecil akan meneruskan tabiat ini. Seeloknya jangan terlalu menegur, cukup setakan mengawasinya sahaja.

5) Stabilakan jiwa mereka dan elak beleter
Kita sebagai ibu bapa haruslah stabil dan kukuh sebelum membantu anak menstabilkan jiwa mereka.
Elak beleter tidak tentu hala,kerana anak-anak pun tahu memilih apa yang hendak mereka dengar.

6) Berikan anak kecil kasih sayang tanpa syarat
Kebanyakan anak kecil takut apabila dah besar akan kehilangan kasih sayang, mereka bimbang kasih sayang ibu bapa akan luntur. Jadi jangan biarkan anak menagih kasih sayang apabila mereka besar, kerana kasih sayang sepatutnya memang milik mereka sejak dari lahir lagi.

7) Jangan terlalu bertolak ansur
Dalam bab agama dan membabitkan nilai .."YES".. Agar anak tahu kepentingan agama dan nilai-nilai murni patut diutamakan.

8) Ajar anak bertutur dan berfikiran sihat setiap masa
Jika emosi anak terganggu, ajarkan mereka perkataan yang baik untuk meluahkan perasaan. Jangan biarkan mereka menyimpan perasaan dan menggunakan perkataan kesat atau menzahirkan niat buruk mereka.

Semoga apa yang saya kongsikan di sini sama-sama kita dapat manfaatnya.

Anda juga meminatinya:
Didik anak tentang pengurusan wang
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya
Tertib menyambut kelahiran anak

Nama Islam anak dan maksud nama:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

19 May 2010

JAWAB TAG

Assalamualaikum... untuk pertama kalinya saya dapat tag daripada Leeza kepada JiwaKacau/Blur kepada saya. Mulanya saya tak perasan pasal tag ini, sehinggakan Blur tinggalkan jejak kat sbox. Nak kata gumbira memang ada sebab 1st time kene tag, nak kata blur pun ada sebab tak tau nak jawab apa. Ada baiknya saya teruskan kepada soalan yang diajukan.

















1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Tentang balasan... Tuhan saja yang balas, untuk si kawan tersebut kita doakan supaya dia berubah.... 

2). 6 orang di hati anda?

Suami, anak, anak, mak, bapak, (anak ke-3 kot kalau ada rezeki)

3). Anda rasa anda comel?

Tiada komen

4). Single or taken?

Bersuami dua orang anak..(baca habis, jangan baca sampai ...orang)(2 orang anak kandung bersama)

5). Blog yang anda suka?

Saya baru lagi dalam dunia blog, biasanya blog tentang rumah tangga/keibubapaan/

      info berguna/jahitan/masaka/ apa yang ada dalam blogroll setakat ini.

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Insyah Allah kemas, dapat pahala tau!

7) Lagu terakhir yang anda dengar?

Smile- pakcik kracker

8). Last text message?

Pesan suami jika balik kerja tolong belikan barang yang telah di"list"kan

9). Last phone call?

T/hari tadi tanya dah makan ke belum

10). Hari terakhir anda menangis?

Tak ingatlah... bukan tak nak jawab

11). List lima color favorite anda?

Hijau, biru, kuning, oren, "pepel"

12). Orang terakhir anda ber-YM?

Saya tak ada YM

13). Game paling anda suka?

Bomber man/ Bomber man Gokart

14). Adakah anda peminat MCR?

Boleh tahan juga

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?

Gembira pada mulanya, tapi bila menjawab dah macam ambil spm.

16). Anda rasa tag ini best?

Best jugak, tapi bab nak jawab tu yang.....

Tag lagi 10 orang

Yang kene tag ni kalau suka kira ok lah kan?! Yang tak suke apa boleh buat lah kan?!

CaLoN-cAlOnNyA.........


............ hari ni tak buat entri, Insyah Allah esok kalau ada masa.

18 May 2010

Suami Isteri Cinta Menyintai Anak Disayangi

Dalam alam rumah tangga, kita sentiasa inginkan yang terbaik, tiada pasangan yang ingin melihat rumah tangga yang didirikan berkecai bergitu sahaja. Namum asam garam berumah tangga sudah macam tu, ada pasang dan surut, gembira dan sedih, dan uniknya masalah rumah tangga juga tidak memilih rumah tangga bangsawan, golongan elit, tidak memilih bangsa, mahupun orang miskin. Inilah hakikatnya, semua orang harus menerimanya dan mesti bijak dalam menghadapi situasi yang tidak menentu.


Entri kali ini saya cuba membawa blogger/pembaca untuk renungkan 2 senario ini sebagai petunjuk dan panduan, senario ini tidak ada kena-mengena dengan mana-mana pihak samada yang masih hidup ataupun yang telah mati, cuma sebagai rujukan sahaja.


Senario #1
Rumah tangga yang sering bergolak, ada sahaja cerita tentang rumah tangga ini. sesekali terdengar pertengkaran yang berlaku dalam rumah tangga ini, tetapi tidak pernah pun bercerai dan kekal sehingga anak-anak besar dan mendapat cucu.


Senario #2
Pasangan ini kelihatan mesra dan gembira, sesiapa yang melihatnya pasti timbul rasa cemburu, setidak-tidaknya nak jadikan pasangan ini sebagai contoh kebahagiaan. Tapi yang menghairankan rumah tangga ini pernah berceraai sebanyak 2 kali dan hampir-hampir bercerai untuk kali yang ke 3.


Alam rumah tangga memang unik, hanya pasangan terlibat sahaja yang mengetahui selok belok, pahit manis, kelebihan kekurangan, apa-apa sahaja tentang rumah tangga sendiri. Pakar motivasi hanya sebagai rujukan dan tugasnya hanya memotivasikan pasangan yang bermasalah, pakar motivasi tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam rumah tangga, jadi... pepatah ada menyebut "tepuk dada tanya selera".


Jadi selera  yang macam mana kita mahu...? Semestinya kita mahu rumah tangga yang bahagia, aman damai dan penuh dengan kasih sayang. Selain peganggan agama yang paling utama, pasangan suami isteri haruslah cinta menyintai antara satu sama yang lain dan menyayangi anak-anak adalah antara kunci untuk elak penceraian berlaku. Namun kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukannya. Apa pun, saya doakan semoga kita semua hidup bahagia dan aman damai hendaknya.




Anda mungkin meminati:
Pahala untuk suami
pahala untuk isteri
Tips elak perang besar suami isteri 


Nama Islam anak dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

17 May 2010

TV dan anak! Apakah kebaikannya?

Baru sahaja selesai rundingan dengan Rizekon Arisandi sebab nak pakai/pinjam topik dia untuk dikongsikan dengan blogger di Malaysia, itupun dengan bantuan suami untuk diterjemahkan sesuai dengan pemahaman kita. TV memang tidak dapat dipisahkan dengan anak-anak, ibarat orang  dewasa yang menikmati lagu tanpa irama, irama tanpa lagu.
Kita (dan saya) berpendapat TV/DVD merupakan satu medium untuk anak-anak belajar dan mengembangkan minda mereka, betul tak?? Hasil carian yang Rizekon perolehi daripada majalah kesihatan Jerman "Neu-Isenburg" yang ditulis oleh Profesor Manfred Spitzer menyatakan sebaliknya... mari kita rungkaikan.

Menurut Profesor Manfred Spitzer bayi 5-12 bulan tidak dapat memproses visual mahupun audio yang dikeluarkan oleh tv, menurutnya lagi suatu kajian telah dijalankan bahawa sekumpulan kanak-kanak telah dibahagi kepada dua kumpulan, bayi kumpulan pertama didedahkan dengan bacaan (didedahkan dengan cerita) berbahasa cina manakala satu kumpulan lagi dengan disajikan dengan program tv yang berunsurkan pelajaran. Hasil yang diperolehi oleh Profesor Manfred Spitzer seperti berikut:-

a) Bayi yang didedahkan dengan cerita lisan berbahasa cina dapat mengenal dan faham perkataan cina yang dibacakan kepada mereka setiap hari berbanding dengan:,

b) Bayi yang didedah kandengan tv walaupun iannya berunsur pelajaran yang sesuai dengan peringakt umur mereka, golongan ini tidak faham audio yang mereka dengar dan ada yang lambat menafsir visual yang tertera pada tv.

Kesimpulannya ialah marilah kita sama2 mengubah cara pembelajaran anak2 kita, zaman semakin maju tidak semestinya corak konvensional sudah tidak sesuai untuk digunapakai lagi. 

KREDIT KEPADA RIZEKON

Anda juga berminat:

Nama Islam anak dan maksudnya:

16 May 2010

Manusia dan darah tinggi

Stroke..... memang sudah cukup sinonim dengan tekanan darah tinggi. Mengikut sumber dari "Mayo Clinic", antara orang yang cenderung dapat darah tinggi adalah orang yang berkulit gelap berbanding yang berkulit cerah, orang tua lebih tinggi peratusan daripada orang muda, namum sebenarnya ada banyak lagi punca yang dapat menyumbang kepada darah tinggi antaranya kurang bersenam dan pengambilan alkohol yang berlebihan serta pengambilan garam yang banyak dalam sehari.

Namun saudara Rizekon Arisandi ada petua bagaimakna hendak mengawal agar darah sentiasa berada di tahap yang selamat, antaranya ialah:-

1) Kawal berat badan- Katanya dengan mengawal berat badan, tekanan darah tinggi dapat di kawal dengan berkesan, jika berat badan bertambah, risiko akan bertambah, bergitu juga jika sebaliknya.

2) Jadikan senaman sebagai amalan- Aktiviti fizikal dapat menurunkan risiko darah tinggi, seminggu 3 kali, setiap sesi dalam 20minit sudah cukup untuk memberikan anda kesihatan yang optimum.

3) Kurangkan pengambilan garam- Purata orang sihat mengambil garam setiap hari adalah dalam 2.400mg/hari berbanding pesakit tekanan darah tinggi, mereka hanya boleh mengambil garam dalam masakan hanya 1.500mg/hari

4) Jangan ambil alkohol, jangan merokok, hindari stress adalah antara perkara-perkara yang perlu dijaga untuk mengelak tekanan darah meningkat.

Selain itu faktor pemakanan juga dapat membantu mengelak tekanan darah tinggi:,

1) Pengambilan potasium dapat menhindari daripada tekanan darah meningkat, makanan yang mengandungi potasium adalah buah-buahan dan sayur-sayuran, jika diamalkan pengambilan sayur dan buah-buahan sudah memadai sebagai makanan tambahan.

2) Kalsium, kalsium adalah penting untuk tulang, selain daripada itu kalsium juga dapat menurangkan risiko tekanan darah tinggi. Golongan dalam lingkungan 19-50 disarankan mengambil 1.000mg/hari manakala bagi 50thn ke atas perlu mengambil 1.200mg/hari, ibu mengandung digalakan mengambil kalsium lebih banyak untuk pembesaran kandungan, kalsium boleh didapati daripada susu segar.

3) Magnesium,  kekurangan megnesium dalam badan akan berisiko tinggi mendapatkan tekanan darah tinggi, sumber bagi magnesium adalah daripada kekacang, gandum, oat dan sayuran.

4) minyak ikan omega-3, boleh didapati daripada ikan makeral dan salmon. Walau bagaimanna pun ianya tiada bukti bahawa iannya boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, namun ramai yang meyakininya

kredit untuk Rizekon


Anda mungkin berminat:
Doa untuk anak dan isteri
Hormati hak anak-anak
Tips pikat suami

Nama Islam untuk anak dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

 

13 May 2010

suami yang menjalankan tanggung jawab dengan baik akan mendapat pahala

Seperti entri yang lepas, tugas dan tanggung jawab  oleh kaum isteri yang dilaksanakan dengan ikhlas dan pasang niat semata Allah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala. Macam tak adil je bunyinya.. Islam itu adil, Suami yang menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan bapa yang baik juga merupakan ibadah dan mendapat pahala Inyah Allah, mari kita rungkai bersam:

1) Memberi nafkah batin dan zahir adalah satu ibadah.

2) Menghiburkan perasaan isteri yang sedang sedih juga termasuk sebagai ibadah.

3) Bantu isteri melakukan kerja rumah adalah ibadah yang berharga.

4) Mengajak isteri mengerjakan solat tahajjud di tengah malam seperti yang dilakukan oleh Nabi kita terhadap isteri baginda.

5) Membimbing anak dalam pelajaran dan menganjurkan agar anak-anak menghafal al-Quran adalah suatu daripada ibadah.

6) Membiayai persekolahan anak adalah ibadah utama.

7) selain itu, membelikan isteri dan anak pakaian adalah ibadah pulak.

8) Subbahan Allah, menunjukan perangai/tingkah laku yang baik untuk dicontohi oleh anak dan isteri juga ibadah.

9) Ibadah utama ialah mengajar dan menekankan solat terhadap anak, dan mengimamkan solat bersama keluarga.

Itu adalah sebahgian sahaja, ada banyak lagi kebaikan, ibadah dan pahala yang boleh diperolehi lagi sehinggakan rumah adalah tempat mengumpul amal kebaikan. Apapun yang dilakukan adalah dengan niat baik bagi mendapatkan keredhaan Allah.

perkongsian lain yang anda minat:
Doa kebahagiaan isteri dan anak
Tugas isteri yang dijanjikan pahala
Tertib menyambut kelahiran anak

Nama Islam anak:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

Tugas isteri merupakan ibadah yang membawa pahala

Rumah tangga yang dibina untuk menguruskan hal-hal dunia seperti, menguruskan anak, masak, mencuci, dan sebagainya sepatutnya menjadi platfom untuk melakukan ibadat sebanyak yang mungkin. Urusan kerja rumah tangga yang dilakukan seharian semuanya boleh ditukarkan menjadi ibadat dan seterusnya mendapat pahala, jika dilakukan dengan niat yang baik sesuai dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, berniat melakukan kerja rumah tangga semata-mata kerana Allah dan buat deengan seikhlas hati.

1) Rutin harian isteri seperti masak untuk suami dan keluarga serta melayan tuntutan sex suami merupakan ibadah dan mendapat pahala daripada Allah.

2) Ibadah lain yang turut mendapat pahala ialah mencuci pakaian keluarganya, menyapu dan membersihkan rumah.

3) Seterusnya membersihkan tempat tidur, mengemas rumah dan perabot, menyusun barang agar sedap mata memandang juga satu ibadah.

4) Kita sememangnya tahu bahawa senyum merupakan sedekah yang sudah tentu mendapat pahala dari Allah. Jika senyuman semasa menyambut dan memuliakan tetamu yang datang ke rumah juga dianggap ibadah dan layak mendapat pahala.

5) Berbuat baik terhadap jiran dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan merupakan ibadah yang baik sekali.

6) Ibadah lain ialah, memandikan anak, memotong kuku, memberi susu kepada bayi(anak), menyikat rambut.

7) Jika terjaga pada tengah malam dan terus melakukan sembahyang tahjud, kusyuk, 11 rakaat merupakan ibadah yang tinggi nilainya.

8) Manakala rajin membaca Al-Quran dan dijadikan wirid yang tetap merupakan ibadah yang mulia.

9) Bermuafakat, tolak ansur, mengelak dari pertengkaran, aman makmur dan damai merupakan ibadah yang besar.

Bertuahlah kamu sebagai isteri jika melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan rumah tangga dengan niat yang baik, ikhlas, dan tekun yang sudah dijanjikan pahala. Namun antara ibadah yang paling basar ialah jika dapat membimbing anak ke jalan yang diredahi oleh Allah dan menjadi insan yang berguna.

Antara yang menarik:
Isteri solehah
Elak pertengkaran besar suami isteri

Nama Islam dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

12 May 2010

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN ISTERI DAN ANAK

Kebahagiaan rumah tangga, semua orang "mengimpikannya".. tak ada orang di dunia ini yang mahu rumah tangga porak poranda betul tak?? Berikut saya kongsikan doa-doa kebahagiaan rumah tangga, semoga kita semua akan mendapat kebahagiaan dan kesenangan hidup, Insya Allah.

Doa mendapat isteri dan anak yang bertakwa
"ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami dan isteri kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami iman (ikutan) bagi orang yang bertakwa". (Surah al-Furqan ayat 74)

Doa mengekalkan kasih suami/isteri/anak yang terpisah jauh agar tertambat hati antara satu dengan lain*
"Wahai orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan". (Surah al-Imran ayat 200)

petunjuk: * terpisah jauh juga boleh ditarifkan hubungan yang rengang

Anda juga berminat:
Doa untuk anak
Doa untuk anak..
Hormati hak anak
Aqiqah

Nama Islam anak dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

11 May 2010

Hormati Hak Anak

Semua ibu bapa impikan anak-anak yang baik, pandai taat pada perintah agama dan hormat pada ibu bapa, sehinggakan kita lupa dan lalai dalam soal hati dan perasaan anak-anak, mereka juga rasa ingin dihormati sama seperti orang dewasa. Oleh yang demikian jadilah ibu bapa yang peka terhadap jiwa anak-anak, di bawah adalah panduan untuk dikongsi:

Jadilah pendengar yang baik
Kadang-kadang kita terlepas pandang apa yang diluahkan oleh anak-anak adalah tidak penting, sebenarnya mereka inginkan perhatian. Anak yang diberikan perhatian akan belajar mendengar kata-kata ibu bapa mereka, manakala anak yang kurang diberi perhatian semasa mereka meluahkan perasaan biasanya lebih selesa mengutarakan masalah mereka terhadap kawan, jika baik kawan yang dipilih maka baiklah jejaknya, jika kawan yang dipilih adalah kawan yang jahat, maka ....

Jangan bezakan anak dengan kanak-kanak lain
"Tengok si AA anak sebelah tu pandai.. dapat no.1 kau apa ada"
JANGAN... kita tak boleh bandingkan mereka macam tu, manusia telah diciptakan berbeza-beza, masing ada kelebihan, kelemahan, kepandaian, keunikan tersendiri. Kesannya akan jadikan anak menjadi pasif, tiada keyakinan diri dan merendah diri. sepatutnya tegur dengan elok dan bagi sokongan bahawa si AA dapat keputusan baik, lakukan yang terbaik, belajar bersungguh-sungguh untuk majukan diri.

Jangan bezakan dengan saudara kandung
Cubalah berlaku adil, walaupun saudara kembar yang mempunyai pertalian rapat dan persamaan yang ketara namum mereka mempunyai skil dan keunikan masing-masing. Sikap tidak adil inilah yang menyebabkan anak-anak memberontak, perhubungan beradik akan retak, bila sudah mendapat pekerjaan di perantauan, mereka sukar untuk balik kampung melawat orang tua.

Jangan buang mainan dan barang kesukaannya
Walaupun dah buruk dan rosak, ibu bapa seharusnya meminta kebenaran untuk membuangnya. Bagi kita barang/ mainan tersebut telah tak boleh digunakan/dimainkan lagi. Tapi mereka mempunya alasan sendiri, bagi mereka barang mereka ada nilai sentimentalnya yang tersendiri. Ibu bapa yang menghargai barangan anak, Insyah Allah anak-anak juga tahu menjaga harta benda kita.

Jangan mungkir janji
Cubalah tunaikan janji, ini tidak dah janji kalau dapat tempat terbaik dalam kelas akan dibelikan PS3, bila anak-anak dah capai matlamat ibu bapa belikan pula PS2, bunyinya sama PS juga dan fungsi hampir sama main game, tapi hakikatnya benda tu tidak sama. Bab menagih janji ni, anak-anak memang cukup pandai.. jangan sampai anak dah tidak mempercayaai kata orang tua lagi..

Layan anak seperti orang dewasa
Macam lain je bunyinya, hakikatnya anak-anak memang suka dilayan seperti orang dewasa. Bukan nak manjakan berlebihan. Mungkin kita dapat menyediakan segala keperluan yang dia mahu termasuk wang ringgit. Tapi jiwa mereka kosong, mereka mahukan teman tempat berpaut kasih dan harapan, seorang teman yang boleh dipercayai, kawan yang boleh diharapkan, jika bersama ibu bapa mereka rasa selamat. Itulah sebenarnya yang diimpikan oleh anak.

Anda pasti minat entri yang berkaitan ini:
Pendidikan kewangan anak
Sahsia anak
Doa untuk anak

Nama Islam anak dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

09 May 2010

Kasih sayang ibu bapa membawa kecemerlangan anak

Tugas sebagai ibu bapa bukanlah semudah yang kita fikirkan, dengan ibu bapa masa kini yang sibuk bekerja, dengan perangai dan kemahuan anak-anak yang bebeza-beza antara satu dengan yang lain walaupun adik beradik kembar. Hanya melalui pengalaman, Panduan/nasihat orang tua/orang berpengalaman, agama Insyah Allah sedikit sebanyak dapat membantu untuk membina sahsiah anak dan pencetus untuk anak menjadi kretif, bijak pandai. Berikut adalah panduan yang ingin dikongsi dalam hal-hal persediaan pasangan ibu bapa:

1. Semua pasangan mahukan keluaga yang bahagia, anak-anak yang sempurna dan cerdik, ibu bapa adalah orang pertama yang bertanggung jawab membentuk kelahiran bayi. Bermula dari awal perkahwinan, pasangan mesti membuat persiapan mental, fizikal, rohani mahupun dalam bentuk harta benda.

2. Dapakan ilmu(agama) dan kemahiran  tentang, (a)anak seawal dalam kandungan, (b)selepas dilahirkan, (c)semasa tumbesaran. banyak berkongsi pengalaman dengan orang tua2 atau yang mempunyai pengalaman luas tentang anak2, banyak membaca, menyertai kursus yang disediakan oleh "ngo" swasta mahupun kerajaan.

3. Anak-anak sememangnya berbeza, walaupun mereka adalah kembar seiras. Inilah keistimewaan yang terdapat pada anak-anak dan membuatkan mereka istimewa. Kesabaran sepanjang membesarkan mereka inilah inilah permulaan anda mengenali mereka dari sudut fizikal, mental, rohani mereka. Berikan juga peluang kepada anak-anak untuk memahami anda sebagai ibu dengan banyakan berinteraksi.

4. "Kau nak hidup, hiduplah. kalau tak nasiblah" Ini adalah satu bencana jangan ditunjukan diucaokan kepada anak-anak, kelak mereka membesar dengan liar dan menjadi beban kepada orang tua. Didiklah mereka dengan serius, lembut tapi tegas terutama ketika mereka sudah mempunyai akal untuk berfikir.

5. Didiklah anak-anak tentang adat dan adab ketimuran seperti bersalaman dengan orang tua, tetamu yang datang, bersopan santun, berbudi bahasa, taat kepada orang tua. Jangan dilupakan penekanan terhadap kerohanian, ajarlah mengenal dan mngamalkan Al-Quran, hadis-hadis cerita sahabat dan beribadat.

6. Pujilah jika anak-anak melakukan kebaikan dan jangan maki atau herdik anak-anak jika mereka melakukan kesalahan. Jangan marah mereka dihadapan orang lain ini akan menyebabkan mereka merasa rendah diri, berputus asa, dan tidak yakin pada diri sendiri. sebaiknya pandulah anak untuk menjadi insan yang lebih baik dan mereka akan rasa dirinya dihargai dan rasa selamat dan disayangi. Anak-anak akan rasa bertuah mempunyai ibu bapa yang 'terbaik" dalam mendidik mereka. Apabila dewasa nanti Insya Allah mereka akan tahu menghargai jasa ibu bapa mereka yang selama ini bersusah payah mendidik mereka menjadi insan yang berguna.

Tips rumah tangga yang anda minat:
Rahsiah isteri solehah
Elak perang besar suami isteri

Nama Islam anak dan maksud:
Nama Islam anak lelaki
Nama islam anak perempuan

07 May 2010

Rangsanglah bayi ketika dalam kandungan

Dunia awal bagi janin bayi merupakan alam rahim yang juga merupakan insitusi pertama bagi bayi mempelajari perkara-perkara baru secara langsung dengan tanpa tapisan kerana peringkat ini mekanisma menapis maklumat masih belum terbentuk lagi. Ibu hamil yang bijak dan prihatin akan berupaya melahirkan insan kamil dan keupayaan minda yang tinggi

Bayi dalam kandungan amat sensitif daripada pengaruh luar, oleh itu gunakan peluang sebaik mungkin untuk merangsang anak seterusnya melahirkan zuriat yang berguna, soleh/solehah, bijak dan patuh pada perintah agama serta ibu bapa.

Emosi - Bayi dalam kandungan mempunyai hubungan terus dengan ibu mereka, sebab itulah ibu mengandung digalakkan agar sentiasa ceria dan tenang supaya anak yang dilahirkan sentiasa rian dan tidak mudah meragam.

Perasaan rindu - Lahirkan perasaan rindu dan ikhlas untuk menanti kelahiran anak dengan belaian lembut.

Muzik, bunyi dan  suara - Perdengarkan muzik terutama zikir dan ayat Al-Quran, serta beberapa jenis bahasa untuk rangsangan pengetahuan asas yang mudah.
- Rakam suara ayah, ibu dan ahli keluarga yang lain dan dengarakan ke perut dengan itu bakal bayi akan mudah mengecam suara setelah dilahirkan.
- Sentiasa berkata-kata dengan suara yang manja, lunak. Mula ajar dengan A,B,C, 1,2,3, pekenalkan diri seperti assalamualaikum, hello. ini ayah/mak, anak ayah/ibu bijak dll.

SEntuhan dan belaian - lakukan dengan isyarat mudah sepeti membelai, menepuk perut dengan lembut, menggosok sekitar perut untuk tenangkan bayi.

Kenalkan perbezaan terang dan gelap - Dengan menggunakan lampu picit suluhkan ke perut selama 5-10 minit.

Yang paling penting adalah:
Banyak mengingati Allah - Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan perkara yang baik dan meminta ampun kepada Allah. Dengan amalan ini Allah swt mengampunkan dosa-daosa ibu seterusnya membersihkan hati ibu dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini diharapkan anak yang bakal dilahirkan bersih dan suci hatinya dan si ibu dapat bersalin dengan mudah dan tenang.

Banyak melakukan amal - Bnayak melakukan ibadat, kebajikan, meninggalkan segala larangan agama. Ibu mengandung digalakan memperbanyakkan amal ibadat sembahyang sunat, suami juga dituntut untuk memperbanyakkan ibadat.

banyak membaca Al-quran - Membaca Al-Quran  dapat menenangkan jiwa, menghindari daripada gangguan syaitan dan sebagai doa. Antara ayat-ayat yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surahan-Nahl(ayat78) dan surah al-A'raf(ayat 189).
Insyah Allah semua yang dilakukan akan mendapat keberkatan dariNya

Panduan dan tips yang anda minat:
Tertib menyambut kelahiran anak
Aqiqah untuk anak
Etika terhadap anak
Anak ibarat kain putih

Nama Islam anak dan maksud:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak permpuan

06 May 2010

Diet pemakanan untuk kurangkan barah payudara, betulkah?

Dua hari yang lepas saya ada menulis tajuk mengenai punca barah payudara, jika diperhatikan memang amat menakutkan, kerana barah payudara tidak mengenal usia, jantina dan warna kulit. Apakah jalan untuk menhindarinya, adakah cara untuk kita mengelak dari terkenanya barah payudara? Mari kita lihat satu persatu dan ikuti tip-tip tersebut:

1) Kekalkan pengambilan makanan rendah lemak tidak melebihi 30g lemak setiap hari untuk menjaga berat badan. Badan meyimpan estrogen di lemak tubuh, sedikit lemak yang diambil adalah lebih baik.

2) Ambil sekurang-kurangnya sepiring brokoli setiap hari dalam menu anda. Brokoli mempunyai sulfuraphane yang terbukti dalam ilmiah untuk mengurangkan risiko barah.

3) Perbanyakan sayuran berdaun hijau dalam menu dan makan banyak buah-buahan.

4) Tomato kaya dengan  likopen yang berfungsi untuk melawan barah, jadi tomato amat penting untuk dijadikan inti utama dalam masakan.

5) Elak makan dengan banyak, maknanya jangan ambil hidangan yang banyak untuk makan sekali gus, ianya untuk kesihatan saluran cerna dan mengawal metabolisma badan.

6) Teh hijau kaya dengan antioksidan untuk melawan penyakit.

7) Coklat terbahagi kepada 2 jenis: satu adalah coklat manis, coklat manis tidak mempunyai khasiat terhadap kesihatan badan. Satu lagi adalah coklat gelam, sekali sekala makan coklat gelap, kerana coklat gelap juga dipercayai boleh mengelakkan daripada terkena barah.

Kita hanya merancang/ mengelak Tuhan yang menentukan. Tapi jangan pula kita berputus asa sebab setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Anda juga meminati topik ini:
Punca barah payudara
Etika terhadap anak
Aqiqah untuk anak

Nama Islam anak dan maksud:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

05 May 2010

Anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya

Assalamualiakum, tajuk entry kali ini merupakan pepatah melayu kita. Anak -anak merupakan harta yang tak ternilai yang Allah anugerahkan, didiklah anak kita dengan sebaik mungkin. Adakah dengan didikan yang baik boleh menjamin anak-anak? Setujuh kah anda jika saya katakan bahawa anak-anak banyak belajar daripada keadaan, pengalaman, dan pesekitaran mereka. saya ingin membawa saudara-saudari untuk sama-sama menghayati tulisan daripada Dato' Dr.Noor Laily dato' Abu Bakar, Institut Pembangunan Keluarga dan kanak-kanak Nury untuk kebaikan bersama:

Contoh yang baik
1) Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
2) jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
3) Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
4) Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
5) Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
6) Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
7) Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami pesekitarannya.
8) Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
9) Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
10) Jika anak hidup dengan adab, dia belajar bersopan santun.
11) Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar membina maruah diri.
12) Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka terhadap penyakit.
13) Jika anak hidup dengan kesihatan, dia belajar membina jati diri.
14) Jika anak hidup dengan Al-quran, dia beajar mengenali Tuhan.
15) Jika anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
16) Jika anak hidup dengan kejayaan, dia belajar apa erti kebenaran. 
17) Jika anak hidup dalam keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain.
18) Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat yang memberangsangkan.
19) Jika anak faham Al-Quran dan Doa, dia faham apa itu akhirat.

Contoh yang kurang elok
1) Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
2) Jika anak hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan.
3) Jika anak hidup dalam kata-kata sumpahan, dia jadi pengecut.
4) Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain.
5) Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar putus asa.
6) Jika anak hidup dengan hukuman, dia rasa benci dan dendam.
7) Jika anak hidup dengan penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah.
8) Jika anak hidup dengan sumpahan, dia akan mengikut sumpahan itu.
9) Jika anak hidup dengan air mata, dia belajar menyeksa orang.

Kepada ibu bapa, sayangi lah anak-anak kita, permata jantung payung, bersyukur kita kepada Ilahi kerana dikurniakan dengan pemberian yang tak terniai harganya. Mulakan lah dengan perubahan, pembaharuan dalam hidup kita sebagai ibu bapa, mulakanlah dengan senyuman dan akhhiri dengan senyuman, Mulakan hari dengan solat dan akhiri dengan doa.

artikel daripada Dato' Dr.Noor Laily dato' Abu Bakar, Institut Pembangunan Keluarga dan kanak-kanak Nury

Anda juga berminat:
Tips elak kehilangan anak di tempat awam
Tertib menyambut kelahiran anak
Doa untuk anak

Nama Islam dan maksudnya:
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP