Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

30 April 2010

Panduan elak kehilangan anak di tempat awam

Kehilangan anak bukanlah perkara baru, mungkin ianya tidak terlalu dihangat-hangitkan oleh pihak media seperti mana yang berlaku kepada adik Ying. Apa sahaja alasannya peranan ibu bapa memang penting dalam hal mengawasi anak-anaknya, namun kadang-kadang terlalai atau terlepas pandang dalam 10 saat sahaja anak-anak telah pun lesap.

Selain daripada itu kekeliruan juga boleh mengundang bahaya anak tersesat seterusnya hilang contohnya anak-anak sebenarnya memang berda berhampiran dengan ibu bapa mereka cuma tak terperasan pun, apabila keadaan panik anak depan mata pun jadi halimunan.

Berikut adalah panduan elak kehilangan anak:

Pakaikan anak rantai(bukan emas) atau gelang yang mempunyai nama dan maklumat diri anak, nombor telefon ibu bapa.

Atau pakaikan anak tanda nama atau kad nama dan nombor telefon ibu bapa yang dipinkan pada baju anak.

Ajar anak supaya menghafal nama ibu bapa dan nombor telefon penting.

Ajar anak untuk mengenali pegawai polis, pengawal keselamatan untuk meminta bantuan jika dah terpisah daripada ibu bapa.

Beritahu anak-anak tentang pondok polis, balai polis atau kaunter-kaunter pertanyaan pasaraya sekiranya berlaku kecemasan.

Pilih atau tentukan tempat pertemuan semula jika terpisah.

Minta anak menjerit untuk tarik perhatian.

##Menggunakan rantai khas yang ada dijual untuk mengikat anak supaya tidak terpisah daripada ibu bapa, rantai ini biasanya digunakan untuk anak-anak yang Hyper. (Tidak semua ibu bapa bersetuju dengan panduan yang akhir ini tapi ini hanyalah satu cadangan sahaja)


Lebih banyak perkongsian maklumat di:
Renungkan lah...
Doa untuk anak
Tips isteri solehah

Nama Islam anak-anak
Lelaki - A
Perempuan - M,N,P,Q,R

4 comments:

FeeQ said...

baguslah tips ni..thx XD

✿nkara✿ said...

nak guna tips nih kalo dah ada anak nanti..=)

asmariamy said...

tips lain jika ada anak yang lebih tua boleh lah minta si abg atau si kakak tlg tgk'an adiknya, tapi tak berapa berkesan jika abg/kakak hyper. just sharing :)

asmariamy said...

anak saya yang 3thn tu agak hyper skit, shga skrg kalau shopping kena pakai trolley shopping tu he he he

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP