Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

20 April 2010

Aqiqah Untuk Anak

Pengertian Aqiqah
Aqiqah dari sudut bahasa bermaksud rambut di kepala kanak-kanak. Sementara dari segi syara ialah sembelihan binatang an'am pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah telah disyariatkan oleh Allah swt. sebagaimana penjelasan Rasulullah saw. dengan sabdanya yang bermaksud," Setiap anak yang lahir terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahiranny). dicukur dan diberi nama. " (Riwayat Abu Dawud, al-turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama seperti ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib
Anak lelaki disembelihkan dengan dua ekor kambing / biri-biri (tetapi, jika seekor juga dianggap sah). Anak perempuan memadai jika hanya seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa rasulullah saw. memerintahkan para sahabat menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. ( Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu abbas ra. pula menyatakan bahawa Rasulullah saw. menyembelih aqiqah untuk hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging Aqiqah sebaiknya jangan disedekahkan dalam bentuk daging mentah, ianya disunatkan mensedekahkan daging aqiqah yang telah masak dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah yang dibuat adalah aqiqah nazar. Kenapa daging masak dan bukannya daging mentah, tujuannya ialah untuk bertafa'ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan. Daging-daging yang telah dimasak kemudian dihantar ke rumah-rumah fakir miskin atau boleh juga dijemput datang ke rumah tempat membuat aqiqah. Adalah lebih afdal jika masakan daging aqiqah itu dihantar ke rumah-rumah fakir miskin.
Sementara itu adalah sunat orang yang beraqiqah itu memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi aqiqah yang dibuat itu bukannya aqiqah wajib(aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat. Dalam konteks memakan, menyedekahkan/menghadiahkan daging aqiqah tersebut adalah sama keadaannya dengan korban.
Binatang yang diaqiqah sebaiknya jangan dipecahkan tulang-tulangnya. Adalah sunat supaya mengasingkan tulang-tulang mengikut sendi-sendinya, sebagaimana hadis daripada Aisyah Radhiallahu 'anha berkata:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecahkan tulangnya."

Ianya bertujuan bertafa'ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang bitang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah
Aqiqah sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu balighPendapat yang paling rajih apabila anak sudah baligh, maka gugurlah hukum sunat daripada walinya, hukum sunat tersebut akan berpindah ke atas anak itu sendiri untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri.
Walaupun masa aqiqah yang disunatkan panjang sehingga anak-anak mencapai baligh, namun yang lebih afdal hendaklah dikerjakan pada hari ketujuh dari anak itu lahir. Aisyah radhiallahu anha berkata maksudnya:

"Rasulullah saw. mengaqiqahkan Hasan dan Husin pada hari ketujuh, memberi kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan  daripadanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala) (Hadis riwayat al-Hakim)

Waktu kiraan tujuh hari itu  pula termasuk anak itu dilahirkan:
#Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum matahari terbenam, maka hari itu dikira satu hari.
#Sebaliknya jika dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan tidak dikira sebagai satu hari. Kiraan tujuh hari bermula daripada selepasnya (siang berikutnya). waktu yang afdal untuk menyembelih binatang aqiqah pula adalah setelah terbit matahari / matahari sedang naik.

Melakukan Aqiqah sebelum kelahiran anak
# Penyembelihan aqiqah semasa / selepas mahupun sebelum hari ketujuh anak itu dilahirkan adalah dikira sebagai aqiqah kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak.
# Jika aqiqah yang dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya, melainkan hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah
Syarat-syarat sah aqiqah:
  • Berniat aqiqah semasa menyembelih.
  • Binatang berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelih.
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila- bila masa sebelum anak itu baligh.
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Syarat binatang-binatang yang cukup umur disembelih korban/ aqiqah ialah
Binatang ========= Umur
Biri-biri ==========  1 tahun atau lebih
Kambing =========  2 tahun atau lebih
Lembu/kerbau ====== 2 tahun atau lebih
Unta ============  5 tahun atau lebih


Sunat-sunat Aqiqah
  • Dilakukan pada hari ketujuh kelahiran
  • menyembelih ketika matahari sedang naik
  • mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis
  • Tidak mematahisendi tulang binatang tersebut ketika dimasak
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan oleh Allahswt. untuk mengerjakan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Mengikuti sunnah Rasulullah
  • Mengukuhkan persaudaraan dalam konteks masyarakat
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan korban bagi orang tua

Topik membina dalam:
Doa untuk anak
Tips memilih nama anak
Maksud nama Islam untuk lelaki

sumber: Bengkung

No comments:

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP