Murnturb

Feeds

Terkini di Nuffnang

There was an error in this gadget

30 April 2010

Panduan elak kehilangan anak di tempat awam

Kehilangan anak bukanlah perkara baru, mungkin ianya tidak terlalu dihangat-hangitkan oleh pihak media seperti mana yang berlaku kepada adik Ying. Apa sahaja alasannya peranan ibu bapa memang penting dalam hal mengawasi anak-anaknya, namun kadang-kadang terlalai atau terlepas pandang dalam 10 saat sahaja anak-anak telah pun lesap.

Selain daripada itu kekeliruan juga boleh mengundang bahaya anak tersesat seterusnya hilang contohnya anak-anak sebenarnya memang berda berhampiran dengan ibu bapa mereka cuma tak terperasan pun, apabila keadaan panik anak depan mata pun jadi halimunan.

Berikut adalah panduan elak kehilangan anak:

Pakaikan anak rantai(bukan emas) atau gelang yang mempunyai nama dan maklumat diri anak, nombor telefon ibu bapa.

Atau pakaikan anak tanda nama atau kad nama dan nombor telefon ibu bapa yang dipinkan pada baju anak.

Ajar anak supaya menghafal nama ibu bapa dan nombor telefon penting.

Ajar anak untuk mengenali pegawai polis, pengawal keselamatan untuk meminta bantuan jika dah terpisah daripada ibu bapa.

Beritahu anak-anak tentang pondok polis, balai polis atau kaunter-kaunter pertanyaan pasaraya sekiranya berlaku kecemasan.

Pilih atau tentukan tempat pertemuan semula jika terpisah.

Minta anak menjerit untuk tarik perhatian.

##Menggunakan rantai khas yang ada dijual untuk mengikat anak supaya tidak terpisah daripada ibu bapa, rantai ini biasanya digunakan untuk anak-anak yang Hyper. (Tidak semua ibu bapa bersetuju dengan panduan yang akhir ini tapi ini hanyalah satu cadangan sahaja)


Lebih banyak perkongsian maklumat di:
Renungkan lah...
Doa untuk anak
Tips isteri solehah

Nama Islam anak-anak
Lelaki - A
Perempuan - M,N,P,Q,R

Didiklah anak-anak tentang pengurusan wang

Sebagai ibu bapa pasti kita mahu melihat anak-anak kita bahagia, gembira hidup dengan serba serbi cukup termasuklah dalam pemberian wang saku kepada anak-anak. Pendidikan tentang pengurusan wang seharusnya diajar dari peringkat muda lagi agar dapat menanam sikap berhemah dalam berbelanja. Berikut beberapa bentuk pendidikan untuk anak:

A) Pecahkan wang saku
Katakan anda memberikan wang saku RM2 kepada anak-anak, berikanlah sekeping wang kertas RM1 dan baki RM1 lagi dalam bentuk duit syiling. Nampak pelik bukan?? Logiknya peranan awal ibu bapa adalah ajar anak supaya asingkan beberapa duit syiling untuk di masukkan dalam tabung, lama-kelamaan anak akan terbiasa untuk menabung.

B) Matlamat
Berbicang dengan anak tentang matlamat mereka menabung merupakan kunci kejayaan anak-anak menabung. Tentukan matlamat mereka, mungkin basikal, alat permainan, kasut, permainan video, ini semua adalah matlamat mereka pada peringkat awal, pada peringkat seterusnya anda boleh 'set' kat matlamat yang lebih luas seperti simpanan untuk melanjutkan pelajaran.

C) Pekenalkan mereka erti pelaburan
Anak-anak yang sudah biasa menabung Insyah Allah akan terbawa menjadi tabiat. anak semakin membesar, pekenalkan mereka konsep pelaburan untuk menggandakan nilai tabungan mereka.

D) Didik anak amalkan simpan rekod kewangan
Galakkan anak menyimpan resit-resit pembelian mainan, buku, kasut atau barangan lain pada satu sampul dan mencatit dalam buku yang ringkas agar mereka boleh menganalisa aliran kewangan mereka. Dengan ini dapat mendidik anak meguruskan kewangan mereka dengan lebih teratur dan sistematik pada masa hadapan.

E) Ibu bapa sebagai contoh
Untuk mendidik anak agar menjadikan menabung sebagai tabiat, ibu bapa seharusnya menunjukkan sikap suka menabung terlebih dahulu. Anak-anak akan lebih mudah ikut apa yang ditunjukan oleh orang tua mereka. 


Lebih banyak perkongsian maklumat di:
Doa untuk anak
Tips elak suami isteri PERANG BESAR
Nama Islam anak lelaki
Nama Islam anak perempuan

    

24 April 2010

Renungan bersama, jadilah orang yang lapang

Seperti yang dijanjikan, saya nak sambung entri yang lepas. saya nak bawa kalian menyelam hati masing-masing, sama-sama lah kita bermuhasabah diri dengan harapan hidup kita selepas ini akan sentiasa dirahmati Tuhan.

Siapakah orang yang kaya-
Adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin-
Adalah orang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta.

Siapakah orang yang pandai-
Adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh-
Adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya-
Adalah orang yang sentiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya-
adalah orang yang yang abaikan akan halal dan haram sesuatu perkara.

Siapakah orang yang gila-
Adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang membolehkan akan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama ketika haid dan kedua ketika ianya tidak siuman.

Siapakah orang yang rugi-
Adalah orang yangsudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu-
Adalah orang muda yang menyangka kematian itu hanya untuk orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik-
Adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang luas-
Adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas sejauh saujana mata memandang.

siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit-
Adalah orang yang mati tanpa membawa amal-amal yang baik lalu kuburnya memhimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal-
Adalah orang-orang yang menhuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan neraka.

Siapakah orang yang tidak berakal-
Adalah orang-orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu menggunakan akal maka sudah tentu mereka tidak mahu masuk neraka.

Saya menulis entri ini kerana rasa tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi ini agar sentiasa ingat mengingati antara satu sama yang lain. semoga anda tabah dan bahagia bersama seisi keluarga. Wassalam.


Banyak lagi untuk dikongsi:
Renung-renung
10 rahsia isteri baik lagi solehah
Maksud nama anak lelaki

Sumber: Artikel daripada Mohd Huzairi Bin Zainiddin (Perunding Motivasi Self Dynamic And Management Training Consultant)

Renung-renungkanlah.... Jadilah orang yang lapang

Renung-renungkanlah diri kita terdapat banyak persoalan yang ada pada diri kita, tiada siapa yang tahu melainkan diri kita sahaja yang mempunyai jawabannya.........

Siapakah orang yang sombong-
Adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahusujud pada yang menjadikan kehidupan iaitu Allah, Tuhan sekalian alam. Bertasbihlah langit dan bumi dan seluruh yang ada kepada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yang sombong.

Siapakah orang yang telah mati hatinya-
Orang-orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun tidak merasa nak bertaubat,

Siapakah orang yang dungu-
Adalah mereka yang tidak mahu melakukan ibadat, mereka sangkakan Tuhan tidak akan menyeksanya diatas kelalaiannya dan terus membuat maksiat.

Siapakah orang yang kuat-
Dialah orang yang dapat menahan kemarahannya walaupun dalam keadaan marah.

Siapakah orang yang lemah-
Orang yang melihat kemaksiatan di depan mata tapi tidak sedikit pun perasaan benci dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil-
Mereka yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah saw.

Siapakah orang yang buta-
Orang-orang yang tidak mahu meneliti dan membaca al-Quran dan tidak juga mahu mengambil pengajaran daripadanya.


Siapakah orang yang tuli-
Adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak mengendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk-
Adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seakan-akan ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as.


Siapakah orang yang manis senyumannya-
Adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu berkata 'Ya rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini." sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menagngis air mata mutiara-
Adalah mereka yang sedang bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir air matanya.


Siapakah orang yang kaya-
Adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


##Memandangkan masa mencemburui kita, saya terpaksa berhenti setakat di sini dulu..... saya berjanji akan sambung lagi di lain ketika.
##p/s: panggilan tugas



Maklumat lain untuk dikongsi:
Doa untuk anak.
Aqiqah untuk anak.
maksud nama anak lelaki.


Sumber: Artikel daripada Mohd Huzairi Bin Zainiddin (Perunding Motivasi Self Dynamic And Management Training Consultant)

Tips mengelak suami isteri "perang besar"

Pertengkaran suami isteri memang sesuatu yang menyakitkan, lebih-lebih lagi ianya berlangsung dalam tempoh yang lama, di depan anak-anak, keluarga dan tempat terbuka. Walaupun kita sedaya upaya menghindarinya namun ada kalanya hal-hal yang kecil juga penyebab "perang dunia". Bagaimanapun pertengkaran yang berlaku sekali dua kira ok lah, pertengkarang yang berlaku terlalu kerap akan membosankan. Perlu diingat bahawa pertengkaran tidak boleh main serang saja, ikutilah enri ini seterusnya,

1) Jangan mengungkit sakit hati yang lalu
Perkara ini memang selalu berlaku, kalau perasan contoh ayat berikut, "abang memang suka sakitkan hati saya, dulu abang kecewakan saya, sekarang......"
Perkara yang lepas biarkan ia berlalu, jangan diungkit lagi iannya menyakitkan hati, dah lah luka di hati dah sembuh tapi masih berparut. Bila diungkit jawabnya tak pernah selesailah masala rumah tangga tu, cuba fokuskan masalah yang terkini, yang lepas tu masing-masin sepakat kira selesai "dah" topik tu.

2) Dengar dengan baik kata-kata pasangan
Memang jarang pasangan yang boleh menunggu "giliran" semasa pasangan sedang bercakap semasa bertengkar. Ini tidak... bila pasangan sedang cakap, dia pun nak bercakap juga, masa ini apa yang nak disampaikan/dijelaskan ibarat mencurahkan air ke daun keladi @ masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, kira bernasib baiklah "tidak berlaku masuk pintu depan keluar ikut pintu belakang @ tingkap" Kesabaran untuk dengar sebelah pihak adalah penting, selesai sahaja pasangan bercakap barulah boleh luahkan/terangkan keadaan apa yang ingin disuarakan. Apabila kedua-dua pihak sudah saling dengar mendengar barulah masalah boleh diatasi.

3) Rehat seketika jika keadaan makin tegang
Kedua-dua pihak harus memainkan peranan dengan salah seorang harus berhenti sementara mendapat pandangan baru. Cuba larikan diri seketika, bukan dengan cara keluar rumah dengan hati yang marah, salah tuu... memadai dengan masuk bilik berbaring atau lebih baik ambil air wuduk dan terus sembahyang untuk tenangkan jiwa dan meminta masalah diselesaikan dengan hidayatNya.

4) Cari persamaan
Apa yang harus anda lakukan adalah mencari persamaan, kesepakatan, sama-sama bersetuju dengan apa yang dicari, anda harus mengakui apa yang digaduhkan tadi adalah disebabkan perkala kecil. Dengan cara ini maka pertengaran yang tercetus akan cepat berakhir dan menjadi pertengaran yang "berkualiti/profesional"

 5) Ambil iktibar dan pengajaran dari pertengaran yang baru berlaku
Setiap pertengakaran yang berlaku pasti akan memberi pengajaran buat masing-masing.  Anda akan dapat belajar satu perkara baru tentang pasangan anda, ini membuatkan anda dan pasangan anda lebih faham memahami antara satu sama lain. Oleh yang demikan, apabila pertengkarang telah selesai janganlah dibiarkan berlalu bergitu sahaja, ambillah pengajaran keatas pertengkarang yang baru saja berlaku. Ajaklah pasangan untuk mengambil iktibar supaya anda tidak mengulanginya lagi.


Petua rumah tangga:

10 Rahsia isteri baik lagi solehah

Assalamualaikum... bagi wanita yang begelar isterimereka sentiasa akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik dan disayangi oleh suami. Enti kali ini saya ingin kongsikan 10 cara usaha untuk menjadi isteri yang baik, Insyah Allah.

1) Hormati Suami
Allah yang memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suami dengan baik, sabda Rasulullah SAW: maksudnya: "kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat At-Tirmidzi)

2) Prihatin pada perasaan
Isteri harus peka dengan persaan suami dan perasaan sendiri. Jika si suami dalam keadaan wajah sedih itu adalah gambaran perasaannya, jangan ditambah sedihnya itu, cuba layan dengan menghibur hatinya dan layan dengan senyuman yang manis.
Namun perasaan anda juga jangan diabaikan. jika dalam keadaan tertentu anda kurang setuju sesuatu jangan diteruskan, jangan biarkan emosi negatif anda dirasionalkan.

3) Jaga Tubuh Badan
Bagi wanita yang mempunyai "dwi kerjaya" (bekerja dan suri rumah tangga), jangan jadikan kesibukan sebagai alasan anda tidak mengurus penampilan anda, dengan badan yang mengembang macam belon, kulit kusam, berminyak, rambut tak rapi... JANGAN... jangan biarkan ini berlaku.. anda harus bijak mencuri masa untuk uruskan diri dan belajarlah selok belok pengurusan badan dan kecantikan.

4) Komunikasi Berkesan
Belajar berinteraksi dengan suami, biar suami tahu apa yang anda suka dan tidak suka. Beranikan diri meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan apa yang anda rasakan inilah petua/kunci melancarkan hubungan anda. suami tiada kuasa khas yang boleh membaca tembus ke dalam hati anda, jadi kena luahkanlah.

5) Jangan Tolak Permintaan Seks
Semua isteri harus tahu seks adalah antara keperluan utama lelaki. Oleh itu jangan menolakbila suami menunjukan tanda2 inginkan seks. Isteri juga harus berani memulakan hubungan intim dan pelajari teknik2 yang boleh memberikan kepuasan kepada dua pihak. Mengabaikan hubungan seks bererti menghancurkan keperluan batin suami.
Jika atas alasan kesihatan cuba terangkan dengan cara yang betul agar suami tidak kecewa dan boleh menerima dengan baik. Paling kurang pun hubungan intim mesti satu kali dalam seminggu.

6) Jadi Teman berbual
 Luangkan masa setidak-tidaknya 15 minit sehari untuk berbicara dengan suami untuk mengetahui perkembangan suami, dengan masa inilah juga anda memberitahu situasi anda dan anak - anak. Kongsilah... bukankah hubungan perkahwinan merupakan perkongsian hidup?!

7) Menilai Diri
Berikanlah penilaian terhadap kerja-kerja mahupun layanan anda terhadap suami. Nilai juga sikap anda terhadap suami, anda haru jujur dan iklas dalam menilai diri sendir agar anda boleh memperbaiki mana- mana aspek yang terkurang. tanyalah kepada si suami apa yang kurang dan apa yang lebih agar anda boleh memperbaiki layanan anda terhadap suami.

8) Menjaga Amanah Suami
Amanah bukan saja harta benda milik suami tapi yang utama adalah harta yang dikongsi bersama iaitu anak-anak. Didiklah anak- anak anda dengan adab sopan, uruslah zuriat anda dengan sebaik mungkin. Suami pasti berbangga dan bahagi memiliki isteri yang mampu mendidik anak dan bersopan santun/

9 ) Belajar Menghargai
Suami sebenarnya perlu dihargai atas penat lelahnya menyara keluarga. Oleh itu buatlah dirinya dihargai, mengingati hari penting dalam hidupnya, memberikan hadia atau kejutan. paling mudah dengan mengeluarkan kata-kata, pujilah atas usahanya memberikan keselesaan kepada keluarga, ucaplah terima kasih atas segalanay. Hati anda pasti bahagia bila suami gembira.

10) Patuh pada Agama
walaupun seribu tip menjadi isteri yang baik, tidak akan berguna jika seorang isteri itu tidak berpegang pada agama. jauhi segala larangannya dan taatlah pada perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sendiri meminta kaum lelaki memilih calon isteri dari kalangan mereka yang patuh pada agama.

Diharap apa yang dikongsikan pada entri kali ini dapat mengeratkan hubungan suami isteri para pengunjung blog ini, insyah allah


Maklumat lain untuk dikongsi:
Doa untuk anak.
Tips elak suami isteri perang besar.
Maksud nama anak perempuan.

23 April 2010

Doa untuk anak...

Sebelum ini saya ada tulis tentang doa-doa untuk anak, dan entri kali ini saya nak kongsikan dua (tiga) doa kepada blogger yang begelar ibu bapa... Ilmu Allah kita kongsi bersama Insyah Allah kita semua mendapat manfaat ( pahala) daripadaNya.

1) Doa diberi zuriat menyejukan mata memandang (Al--Fulqan:74)

74. Dan orang-orang yang berkata; "ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam orang-orang yang bertakwa."


2) Doa anak lembut hati (al-Anbiya' : 69 / Al-Hasyr : 22-24)

69. Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim,"

22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
23. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, raja yang Maha Suci,  maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membetuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna, bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan di bumi, dan dialah yang Maha Perkasa lagi maha Bijaksana.


Petua menarik untuk anda:
Aqiqah untuk anak
Etika terhadap anak-anak

21 April 2010

Doa Untuk Anak

Anak-anak merupakan harta yang tak ternilai harganya, dengan kehadiran anak-anak sedikit sebanyak pasti menceriakan rumah tangga, lebih-lebih lagi jika anak-anak membesar dengan menjadi insan yang berguna. 
Lumrah sebagai ibubapa suka melihat anak-anak membesar dengan sihat dan baik aklaknya, lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia globalisasi yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Orang kata anak ibarat kain putih, ibubapalah yang mencorakannya, dengan memohon doa tehadapNya Insyah allah anak--anak kita akan menjadi anak yang taat pada perintah agama, orang tua dan berjasa pada bangsa, insyah Alllah. 

1. Doa memohon rahmat (Ali-Imran : 8-9)

8. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)"
9. "ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.


2. Doa  memohon zuriat yang baik (Ali-Imran : 38)

38. Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhannya seraya berkata; "Ya Tuhanku berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."


3. Doa anak kerjakan solat (Ibrahim : 40-41)

40. "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan sholat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.'
41. "Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku, dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab. (hari kiamat)"


4. Doa anak taat kepada Allah (Al-Baqarah : 128)

128. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

20 April 2010

Aqiqah Untuk Anak

Pengertian Aqiqah
Aqiqah dari sudut bahasa bermaksud rambut di kepala kanak-kanak. Sementara dari segi syara ialah sembelihan binatang an'am pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah telah disyariatkan oleh Allah swt. sebagaimana penjelasan Rasulullah saw. dengan sabdanya yang bermaksud," Setiap anak yang lahir terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahiranny). dicukur dan diberi nama. " (Riwayat Abu Dawud, al-turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama seperti ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib
Anak lelaki disembelihkan dengan dua ekor kambing / biri-biri (tetapi, jika seekor juga dianggap sah). Anak perempuan memadai jika hanya seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa rasulullah saw. memerintahkan para sahabat menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. ( Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu abbas ra. pula menyatakan bahawa Rasulullah saw. menyembelih aqiqah untuk hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat abu Dawud)

Daging Aqiqah
Daging Aqiqah sebaiknya jangan disedekahkan dalam bentuk daging mentah, ianya disunatkan mensedekahkan daging aqiqah yang telah masak dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah yang dibuat adalah aqiqah nazar. Kenapa daging masak dan bukannya daging mentah, tujuannya ialah untuk bertafa'ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan. Daging-daging yang telah dimasak kemudian dihantar ke rumah-rumah fakir miskin atau boleh juga dijemput datang ke rumah tempat membuat aqiqah. Adalah lebih afdal jika masakan daging aqiqah itu dihantar ke rumah-rumah fakir miskin.
Sementara itu adalah sunat orang yang beraqiqah itu memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi aqiqah yang dibuat itu bukannya aqiqah wajib(aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat. Dalam konteks memakan, menyedekahkan/menghadiahkan daging aqiqah tersebut adalah sama keadaannya dengan korban.
Binatang yang diaqiqah sebaiknya jangan dipecahkan tulang-tulangnya. Adalah sunat supaya mengasingkan tulang-tulang mengikut sendi-sendinya, sebagaimana hadis daripada Aisyah Radhiallahu 'anha berkata:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecahkan tulangnya."

Ianya bertujuan bertafa'ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang bitang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah
Aqiqah sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu balighPendapat yang paling rajih apabila anak sudah baligh, maka gugurlah hukum sunat daripada walinya, hukum sunat tersebut akan berpindah ke atas anak itu sendiri untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri.
Walaupun masa aqiqah yang disunatkan panjang sehingga anak-anak mencapai baligh, namun yang lebih afdal hendaklah dikerjakan pada hari ketujuh dari anak itu lahir. Aisyah radhiallahu anha berkata maksudnya:

"Rasulullah saw. mengaqiqahkan Hasan dan Husin pada hari ketujuh, memberi kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan  daripadanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala) (Hadis riwayat al-Hakim)

Waktu kiraan tujuh hari itu  pula termasuk anak itu dilahirkan:
#Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum matahari terbenam, maka hari itu dikira satu hari.
#Sebaliknya jika dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan tidak dikira sebagai satu hari. Kiraan tujuh hari bermula daripada selepasnya (siang berikutnya). waktu yang afdal untuk menyembelih binatang aqiqah pula adalah setelah terbit matahari / matahari sedang naik.

Melakukan Aqiqah sebelum kelahiran anak
# Penyembelihan aqiqah semasa / selepas mahupun sebelum hari ketujuh anak itu dilahirkan adalah dikira sebagai aqiqah kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak.
# Jika aqiqah yang dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya, melainkan hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah
Syarat-syarat sah aqiqah:
  • Berniat aqiqah semasa menyembelih.
  • Binatang berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelih.
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila- bila masa sebelum anak itu baligh.
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Syarat binatang-binatang yang cukup umur disembelih korban/ aqiqah ialah
Binatang ========= Umur
Biri-biri ==========  1 tahun atau lebih
Kambing =========  2 tahun atau lebih
Lembu/kerbau ====== 2 tahun atau lebih
Unta ============  5 tahun atau lebih


Sunat-sunat Aqiqah
  • Dilakukan pada hari ketujuh kelahiran
  • menyembelih ketika matahari sedang naik
  • mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis
  • Tidak mematahisendi tulang binatang tersebut ketika dimasak
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan oleh Allahswt. untuk mengerjakan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Mengikuti sunnah Rasulullah
  • Mengukuhkan persaudaraan dalam konteks masyarakat
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan korban bagi orang tua

Topik membina dalam:
Doa untuk anak
Tips memilih nama anak
Maksud nama Islam untuk lelaki

sumber: Bengkung

Tips Memilih Nama Anak

   Kepada ibubapa yang akan menimang cahaya mata yang sulung diucapkan tahniah, manakala yang akan menyambut kelahiran seterusnya Alhamdulillah.. rezeki pemberian Ilahih. Namum dalam persiapan menyediahkan kelengkapan untuk menyambut cahaya mata saya percaya soal mencari nama adalah antara bab yang paling sukar. manakan tidak, isteri asal negeri Sabah suami pula dari Perlis, pertembungan dua negeri, perbezaan budaya dan adat resam, satu utara dan selatan(tenggara). disulitkan lagi faktor ingin mengambil hati kedua-dua belah pihak mentua. Di sini ada beberapa petua yang ingin dikongsikan, antaranya:-

1. Mengandungi Doa
Sebaiknya biarlah nama anak itu mengandungi doa, maksud yang elok, nama yang indah lagi puitis, biarlah yang singkat saja, kalau terlalu panjang nanti jadi "tahlil" atau "wirid", silap-silap kalau dipanggil bukannya nak menengok sebaliknya si anak akan jawab amiiiin. Tetapi bila dapat nama yang baik lagi indah disebut jangan pula bila panggil si kecil disingkatkan pula panggilan nama itu seperti Alauddin yang bermaksud kemuliaan agama, bila nak disebut panggil Al sahaja, bukankah bunyinya sudah menjadi old/owl yang membawa maksud tua/ burung hantu.

2. Jangan Terlalu Panjang (Menyukarkan proses isi borang)
Nama yang terlalu panjang akan menyulitkan pemilik nama itu sendiri di samping susah nak mengingatinya. Nama yang panjang akan menyukarkan sebarang urusan yang melibatkan penama mengisi borang, terutamanya semasa urusan rasmi, satu Mykad penuh dengan nama tak "dan" nak cetak alamat. Bukan itu saja, masa nak ambil peperiksaan tak cukup masa nak hitamkan kertas jawaban "yang guna pensel 2B tuu" habis separuh masa untuk hitamkan ruangan nama sahaja contohnya: Siti Zulaikha Riwayati Nor Mulia Raudhah Raihanah Mekarmu Berseri Sepanjang Hari.........

3. Kalau Boleh Elakan Guna Nama Barat Dan Nama Artis
Sebaiknya elakan daripada memberikan nama yang kebaratan, tak apa bila orang kata kita ni orang timur, tak perlulah nama barat tu juga yang diagung-agungkan. Berbanggahlah kita dengan nama timur dan maksud yang yang terkandung pada nama yang telah diberikan oleh ibubapa. Kalau guna nama Jenny sekali pun dan rambut telah dikuningkan kalau tersepak batu tetap terkeluar ayat ADUUUUH....
Nama artis memang bagus, saya akui ada yang mengandungi maksud yang baik. Ini cuma pandangan saya anda berhak untuk menentukan nama anak, logiknya disini jika artis itu berkelauan baik Alhamdulillah, tapi kalau yang penuh dengan gosip bukankah si manja yang menaggung beban diejek di sekolah. Anak-anak tak tahu apa-apa, tiba disekolah sahaja terus kena "bahan" kasihan anak itu. emosi anak juga kena jaga.

Anda juga berminat:
Doa untuk anak
Aqiqah untuk anak

17 April 2010

ETIKA TERHADAP ANAK-ANAK

Sebagai seorang Muslim/Islam mengakui bahawa anak-anak mempunyai hak-hak atas ayahnya, dan hak-hak itu wajib ditunaikan oleh seorang ayah. Dalam konteks ini seorang ayah mempunyai etika-etika yang harus ia perhatikan dalam hubungannya dengan anak-anaknya.

Hak-hak anak-anak yang dimaksudkan terhadap ayahnya ialah:-
*Mencarikan ibu yang baik baginya
*Menamakannya dengan nama yang baik-baik
*Menyembelih kambing pada hari ketujuh kelahirannya
*Mengkhitannya, mengasihinya, lemah- lembut terhadapnya, menafkahinya, mendidik dengan baik, serius mengajarkan ajaran-ajaran Islam kepadanya, melatihnya mengerjakan ibadah-ibadah wajib dan sunnah.
*Menikahkannya apabila dah mencapai usia baligh, memberi tawaran kepadanya samada mahu tinggal serumah dengannya atau berpindah ke rumah sendiri jika sudah menikah dan membentuk keluhuran rumah tangga dengan tangan sendiri, bersesuaian dengan dalil-dalil berikut:-
  • Disebutkan dalam satu atsar bahawa hak anak atas ayahnya ialah hendaklah ayahnya mendidiknya dengan baik dan menamakannya dengan nama yang baik.
  • Umar bin khatahtahb ra berkata, " Di antara hak anak atas ayahnya ialah hendaklah ayahnya mengajarinya tulisan, memanah, dan tidak memberinya makan kecuali dari rezeki yang halal dan bagus."
  • Tentang aqiqah untuk anak, Rasulullah saw. bersabda "Seorang anak tergadaikan dengan (kambing) aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh kelahirannya, ia diberikan nama pada hari tersebut, dan rambutnya dicukur." (Diriwayatkan para pemilik Sunan dan At-Tirmidzi menshahihkan hadits ini)
  • Sabda Rasulullah saw. "Fitra itu ada lima- khitan, mencukur rambut di sekitar kemaluan, mencukur kumis, memotong kuku dan mencabut bulu di ketiak." (Diriwayatkan Jama'ah)

  • Sbada Rasulullah saw. "Muliakanlah anak-anak kalian dan didiklah mereka dengan baik, kerana sesungguhnya anak-anak kalian adalah hadiah untuk kalian." (HR Ibnu Majah dengan sanad yang dhaif).

  • Sabda Rasulullah saw. , "Ajarilah anak tentang shalat pada usia tujuh tahun, dan pukul mereka jika mereka tidak mengerjakannya pada usia sepuluh tahun, serta pisahkan meraka dalam tempat tidur." (Hr Abu Daud dan At-Tirmidzi)

  • Allah Ta'ala berfirman, "Dan janganlah kalian membunuh anak-anak kalian kerana takut kemiskinan." ( Al-Isra' :31)

  • Sabda Rasulullah saw. ketika baginda ditanya tentang dosa yang terbesar, maka baginda bersabda, "Engkau menjadikan Tuhan tandingan bagi Allah, padahal Allah yang menciptakanmu, atau engkau membunuh anakmu kerana kuatir ia makan bersamamu, atau engkau berzina dengan isteri tetanggamu(jiranmu)." (Muttafaq 'Alaih).
Jelaslah bahawa dengan larangan membunuh anak kandung seharusnya menginsafkan, mengingatkan, menyuruh seorang ayah/ ibubapa agar sentiasa memberikan kasih sayang, lemah lembut, menjaga badan,melindungi akal, dan jiwa mereka memberi pakaian, menjaga makan minum anak-anak yang "dihadiahkan" oleh Allah kepada kita.

Nama Islam dan maksudnya:
Nama Islam dan maksud bagi lelaki
Nama Islam dan maksud bagi perempuan

Topik menarik dalam:
Doa untuk anak
Aqiqah untuk anak


Sumber: Diadaptasi dari Abu Bark Jabir al-Jaziri

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP